Tuesday, December 27, 2011

Kisah Cinta

Seorang anak bertanya kepada ayahnya…

Anak: ayah cintakan ibu?
Ayah: ayah sangat mencintai ibu kamu…

Anak: ayah cintakan datuk dan nenek?
Ayah: ya, mereka yang ayah cintai…

Anak: adakah ayah mencintaiku…?
Ayah: ya, anakku… ayah cintakan kamu…

Anak: bagaimana ayah boleh menyatukan banyak cinta dalam hatimu…?
Ayah: anakku, pertanyaan yang hebat! Cintaku pada datuk, nenek, ibumu dan kamu sendiri adalah cinta kerana Allah. Sebabnya, semua cinta itu adalah cabang-cabang cinta pada Allah s.w.t.

...


Cinta mungkin tiada untuknya, tetapi sayang sentiasa ada untuknya...
kenapa cinta itu tiada...?
kerana....
aku 'menganggap' cinta itu tiada untuknya...
cintaku itu hanya untuk Allah...
dan cinta itu akan ada untuknya bila dia ISTERIKU..

Cintaku untuk Allah, rasul-Nya, ibubapaku, isteriku dan ahli keluargaku...
Sayangku untuk semua saudara2ku, sahabat2ku dan dia sekeluarga...
Sayang terhebat adalah untuknya...

Aku sangat-sangat sayang padanya...
dan ingin mencintainya sepenuh hatiku...
aku berharap biarlah cinta ini kerana Allah...

Wednesday, December 14, 2011

Mencari Ketenangan

Bacalah Surah Al - Insyirah sambil menghayati maksudnya...



Maksud Surah Al - Insyirah...



Insya'Allah akan mencapai ketenangan...

HAYATILAH MAKSUDNYA....

Saturday, December 3, 2011

Dugaan Hidup…? Jangan Khuatir…;-)

Masalah… masalah… masalah…
heyyy…, jangan merungut… senyum…;-)

Masalah nie dah macam sahabat karib… sentiasa ader jer bersama kita…
Merungut nak wat pe… x kan selesainyer masalah tu hehe…

Jangan r kita terlalu memikirkan masalah…
Sebab…
Bukan masalah itu yang perlu difikirkan… tapi fikirkan cara selesaikannya… (korang pening kot hehe)
“Jangan merungut…” tu  maksudnyer…

Set kat mind,
“Hidup perlukan masalah kerana masalah memperbetulkan kehidupan kita…”
Maksudnya…
Dari masalah lah kita membentuk kesedaran dan keperibadian kita akan terus berkembang…
Erm… faham ke dak nie hehe…
Masalah mengajar kita untuk menjadi lebih baik… mengajar kita untuk menghadapi dugaan hidup…
INGAT NI...!!! Allah maha bijaksana, Allah mendatangkan masalah untuk meperbetulkan kita… INGAT TU…!!!
Insya’Allah, kita akan menjadi lebih baik…

Jangan pernah kita meminta untuk hidup senang, tapi mintalah untuk menjadi lebih tabah…
Kerana… masalah memang sentiasa ader der… takdaknya orang hidup senang…
Orang senang pun ader masalah masing-masing… xkan tenang hiduplah… hehe…
Nak tenang… ha… Ingat Allah tu… sure tenang…
Susah senang… Allah ada sentiasa bersama kita…

Jangan ‘terlalu’ khuatir dengan masalah ea…
Kerana tu lumrah kehidupan…
Jalani hidup macam biasa…
Bila sesuatu dugaan melanda, seberat mana pun dugaan tu jangan mengeluh, belajar menerimanya…
Kerana…
Allah lebih mengetahui rahsia di sebalik dugaan tersebut, sementara kita tidak mengetahuinya…

Wednesday, November 30, 2011

Bukan Aku Selayaknya

Seriously aku tak layak untuk kau…

Aku rasa sangat jauh untuk kau…

Aku percaya kau sedar yang aku sangat-sangat sayangkan kau…

Tapi kini aku perlu kurangkan perasaan sayang dan cinta pada kau…

Aku benar-benar x layak untuk kau…

Aku bukan terbaik untuk kau…

Kau terlalu cantik untuk aku, aku sememang tidak layak untuk kau…

Moga kau bertemu dengan orang yang lebih layak…
Moga orang itu akan membimbing kau…

Doaku untuk kau bertemu dengan lelaki yang membawa kau ke syurga…
Aku ikhlas melepaskan kau dari angan cintaku…

Mungkin kau Nampak aku lemah dalam mengejar cintamu,
Tetapi inilah kekuatan untuk menerima jika kau bukan untukku…

Bukan aku tak berusaha, tapi biarlah kau bertemu dengan yang selayaknya… aku redha…
Cintaku bukan kerana parasmu, tp cintaku hanya Allah yang tahu…

sungguh aku ingin memilikimu, inginkan mu menjadi temanku...
susah senang bersama, kita bersama-sama menuju keredahaan ILAHI...
aku sering berharap kita akan seiring menuju kesyurgaNya...
namun adakah aku selayaknya...?






*Hakikatnya aku tidak layak untukmu, melainkan kau rasa aku layak untukmu…*

"Kesediaanmu membuat aku bertambah sayang padamu,
ketidaksediaanmu membuat aku lebih menghormatimu" -elyas-

Sunday, November 27, 2011

KISAH HIJRAH

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.


Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam

Monday, November 21, 2011

CINTA_KASIH

Costumer Service (CS) : Ya, ada yang boleh saya bantu?

Pelanggan (P) : Setelah saya pertimbangkan, saya ingin memasang CINTA_KASIH. Bolehkah anda mengajar saya menyelesaikan prosesnya?

CS : Ya, saya dapat membantu anda. Anda bersedia melakukannya?

P : Saya tidak faham secara teknikal, tetapi saya bersedia untuk memasangnya sekarang. Apa yang harus saya lakukan dahulu?

CS : Langkah pertama adalah membuka hati anda. Tahukah anda di mana hati anda?

P : Ya, tapi ada banyak program yang sedang aktif. Apakah saya boleh memasangnya, sementara program-program tersebut aktif?

CS : Program apa yang sedang aktif?

P : Sebentar, saya lihat dahulu, program yang sedang aktif adalah SAKITHATI.EXE, RENDAH_DIRI.EXE, DENDAM.EXE dan BENCI.COM

CS : Tidak mengapa, CINTA_KASIH akan menghapus SAKITHATI.EXE dari system operasi anda. Program tersebut tetap ada dalam memori anda, tetapi tidak lama kerana akan ditindan oleh program lain. CINTA_KASIH akan menimbus RENDAH_DIRI.EXE dengan modul yang disebut PERCAYA_DIRI.EXE, tetapi anda harus mematikan BENCI.COM dan DENDAM.EXE. Program tersebut akan menyebabkan CINTA_KASIH tidak dapat dipasang dengan sempurna. Dapatkah anda mematikannya?

P : Saya tidak tahu cara mematikannya. Dapatkah anda mengajar saya?

CS : Dengan senang hati. Gunakan Start Menu dan aktifkan MEMAAFKAN.EXE. Aktifkan program ini sekerap yang mungkin sampai BENCI.COM dan DENDAM.EXE terhapus.

P : ok, sudah. CINTA_KASIH mula dipasang secara automatic. Apakah ini wajar?

CS : Ya, anda akan menerima pesan bahawa CINTA_KASIH akan terus dipasang kembali dalam HATI anda. Apakah anda melihat pesan tersebut?

P : Apakah sudah selesai dipasang?

CS : Ya, tapi ingat bahawa anda hanya punya program dasarnya sahaja. Anda perlu mulai menghubungkan HATI yang lain agar untuk meningkatkan (upgrade) keupayaanya.

P : Ops, terdapat pesan error. Apakah yang harus saya lakukan?

CS : Apa pesanannya?

P : ERROR 412 – PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENT. Apa maksudnya?
CS : Jangan khuatir, itu masalah biasa. Ertinya, program CINTA_KASIH diset untuk aktif di HATI luaran tetapi belum boleh aktif dalam HATI dalaman anda. Ini adalah salah satu kerumitan proses memprogramkan, tetapi dalam istilah bukan teknikal ini bererti anda harus ‘meng-CINTA_KASIH’ mesin anda sendiri sebelum ‘meng-CINTA_KASIH’ orang lain.

P : Lalu apa yang harus saya lakukan?

CS : Dapatkan anda klik pulldown direktori yang disebut, “PASRAH”?

P : Ya, sudah.

CS : Bagus, Pilih fail-fail berikut dan salin ke direktori “MYHEART”MEMAAFKAN-DIRI-SENDIRI.DOC, dan MENYEDARI_KEKURANGAN.TXT. System akan menghapuskan fail-fail konflik dan mulai memperbaiki program-program yang salah. Anda juga perlu mengosongkan Recycle Bin untuk memastikan program-program yang salah tidak muncul kembali.

P : Hei, HATI saya terisi fail-fail baru. SENYUM.MPG aktif di monitor saya dan menandakan bahawa DAMAI.EXE dan KEPUASAN.COM disalin ke HATI. Apakah ini wajar?

CS : Kadang-kadang orang lain mungkin perlu waktu untuk download. Jadi CINTA_KASIH talah dipasang dan aktif. Anda harus mampu menanganinya dari sini. Ada satu lagi hal yang penting.

P : Apa?

CS : CINTA_KASIH adalah freeware. Pastikan untuk memberikanya kepada orang lain yang anda temui. Mereka akan berkongsi kepada orang lain dan seterusnya sampai anda akan menerimanya kembali.

Saturday, November 12, 2011

Hiasan Kasih Indah

Dia umpama rama-rama,
Terbang bebas ceriakan suasana,
Rama-rama yang sukar dihampiri,
Terbang bila cuba dihampiri,
Lalu menghinggapi bunga,
Mengecapi kemanisan bunga,
Andai aku bunga itu,
Akan kuberi keinginanmu,
Membiar kau merasai kenikmatan,
Akan kuelakan dari kehampaan,
Namun aku bukan bunga itu,
Aku hanya daun yang hijau.

Andai kau rama-rama itu,
Aku tidak akan menangkapmu,
Membiar kau bebas berterbangan,
Bebas mencari bunga kesukaan,
Berhati-hati apabila mencari,
Jangan sampai hujan membasahi,
Kerana air merosak sayapmu,
Izinkan aku memayungimu,
Maka jangan pernah menjauhiku,
Kerana aku ingin melindungimu,

Apabila menghinggapi bungamu,
Harap daun di atasmu,
Aku rela menjadi daun,
Daun yang melindung,
Melindung rama-rama dari kebasahan,
Ketika menikmati kemanisan,
Kemanisan bunga akan ke penghujungnya,
Perlindunganku tiada penghujungnya.

Monday, October 24, 2011

Nikah Kerana CintaNya

Nikah Kerana CintaNya adalah nikah kerana mencinta Allah, mencintai Allah adalah mencintai suruhanNya, mencintai suruhanNya adalah membenci laranganNya, membenci laranganNya adalah mengelakkan maksiat...
Nikah kerana Allah adalah untuk mengelakkan fitnah, maksiat, zina, pengguguran, anak luar nikah, buang bayi...
Nikah kerana Allah mengindahkan syurga hidup bersama, melahirkan zuriat soleh solehah, keluarga seriring menuju ke syurga, mencapai cinta sejati dunia akhirat...
Kerana cintaNya kepada hambanya... Allah permudahkan pernikahan... iaitu Nikah Khitbah...

1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
Merendahkan hantaran perkahwinan

6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

Suami
Isteri
Wali
Saksi
Aqad [ Ijab Qabul ]

cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

Masih menuntut di kolej atau uniersiti
Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.
Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .

By: Aduka Panji Alam (Official) Fans Club
— with Bagas Nerazzuri Adie and Anis Abdullah.

Saturday, October 22, 2011

Cinta Hadir Dalam Kewujudan Yang Lain

Dalam sebuah perhubungan, seseorang akan mulai rasa bosan apabila percintaan yang dahulu indah menjadi sesuatu yang menjemukan. Seorang wanita akan merindui saat-saat romantis dalam permulaan percintaan. Setelah sekian lama bercinta, kekasih hati tidak seromantis dahulu, apa yang wanita ini harapkan dari pasangannya tidak pernah diperolehi, maka percintaan ini merasakan sangat jemu. Akan terdetik di hati wanita untuk memutuskan hubungan dengan pasangannya.

Andai perkara ini berlaku kepada kamu… apakah yang kamu lakukan wahai wanita, wahai lelaki…?

Wanita akan terus memendam perasaan sehingga hubungan itu menjadi sungguh membosankan dan tiada akan hadir lagi cinta untuk lelaki itu. Andai ada kekuatan wanita itu meluahkan rasa bosannya dengan lelaki itu.

Lelaki akan terus membiarkan wanita itu memendam perasaannya, andai lelaki itu mengerti perasaan wanita itu pasti akan melakukan sesuatu yang diingini oleh wanita itu.

Wahai lelaki, andai wanita itu menginginkan bunga di atas puncak bukit yang curam dan membahayakan kamu, adakah kamu akan mengambil untuknya, walaupun kamu sedar kamu akan terkorban. Andakah kamu sanggup wahai lelaki. Demi cintamu buktikan yang kamu sanggup berkorban untuknya. Buktikan cinta kamu kepada wanita itu agar dia merasa yang kamu masih menyintainya seperti permulaan cinta dahulu. Agar cintanya terus kekal untuk kamu.

Wahai lelaki, Apakah kamu akan mengambil bunga itu untuknya…?

Andai kamu ambil bunga itu untuknya, kamu adalah lelaki yang sangat menyintai wanita itu… dan wanita itu adalah sangat bertuah kerana kamu sanggup berkorban untuknya.

Tetapi, andai kamu tidak sanggup berkorban untuk mengambil bunga itu, adakah kerana kamu tidak menyintainya…? Dan ini menyebabkan wanita itu meminta untuk memutuskan hubungan dengan kamu, kerana kamu tidak memenuhi kehendak cintanya… wanita itu sudah jemu dengan percintaan dengan kamu. Adakah benar wahai wanita…? Lelaki itu tidak berani berkorban untuk kamu, haruskah kamu ingin meneruskan hubungan percintaan dengan lelaki itu…?

Cinta hadir dalam kewujudan yang lain…

Wahai wanita, kalau aku katakan kau rugi memutuskan hubungan dengan lelaki itu… adakah kamu setuju wahai wanita…?

Wahai lelaki, kamu sebenarnya sangat sayang kepada wanita itu, kerana SAYANG dan CINTA kamu kepada wanita itu, kamu tidak sanggup untuk berkorban untuknya… kamu tidak akan mengambil bunga itu untuk mati… kamu tidak sanggup melihat air mata wanita itu meratapi kematian kamu… kerana KASIHmu, kamu ingin terus hidup dan membahagiakan wanita itu…

CINTA bukan segalanya…
tetapi, CINTA, SAYANG dan KASIH adalah segalanya…

Saturday, October 15, 2011

Ingin Aku Menjadi Sepertinya

CARA RASULULLAH SAW MELAYAN ISTERI
(TELADAN BAGI YANG SUDAH/BAKAL SUAMI)

Budi bahasa itu yg membuatkan org respect.. dan bertambah segan bukannya Dengan cara tekanan dan garang. Perfect husband.. He makes the world follow..

Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’
Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’
‘Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’
‘Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’
Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’
Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’

Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW.

Dikirim dalam CARA RASULULLAH MELAYAN ISTERI
By: Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah

Monday, October 10, 2011

Suami Penyelamat Isteri, Isteri Penyelamat Suami

~* WAHAI LELAKI.. *~

Jika benar kau sayang, kasih & cintakan wanita itu :
•.♥• kau bawalah dia ke jalan Allah,
•.♥• kau nasihatilah dia,
•.♥• kau perbetulkanlah kesilapannya,
•.♥• kau jagalah dia dgn baik,
•.♥• kau kasihanilah dia,
•.♥• kau lindungilah dia,
•.♥• kau berilah kasih sayang padanya,
•.♥• kau hargailah dia,
•.♥• kau ucapkanlah terima kasih atas kelebihannya,
•.♥• kau bersabarlah dengannya,
•.♥• kau terimalah & cintailah kekurangannya,
•.♥• kau jadilah IMAM terbaik & redhalah padanya..


✿..moga kau bersama dia di SYURGA sebagai bidadarimu..amiin..✿



~* WAHAI DIRIKU.. *~

Jika benar aku sayang, kasih & cintakan wanita itu :
•.♥• akan aku bawa dia ke jalan Allah,
•.♥• akan aku nasihati dia,
•.♥• akan aku perbetulkan kesilapannya,
•.♥• akan aku jaga dia dgn baik,
•.♥• akan aku kasihani dia,
•.♥• akan aku lindungi dia,
•.♥• akan aku beri kasih sayang padanya,
•.♥• akan aku hargai dia,
•.♥• akan aku ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
•.♥• akan aku bersabar dengannya,
•.♥• akan aku terima & cintai kekurangannya,
•.♥• akan aku jadi IMAM terbaik & redhalah padanya..

✿..sayang aku kepada dia kerana aku mahu dia di SYURGA..✿
✿..moga aku bersama dia di SYURGA sebagai bidadariku..amiin..✿


~* WAHAI ISTERIKU, PEGANGLAH KATA-KATA AKU INI.. *~
~* ANDAI AKU LUPA, INGATKANLAH AKU..*~

Friday, October 7, 2011

Syurga Itu Dekat Di Hati

"Dapatkah aku masuk syurga?"

Mungkin itulah pertanyaan yang pernah terdetik di hati.

yakinlah...
kita berpeluang masuk syurga yang dijanjikan itu asalkan beriman dan bertakwa.

"Beriman dan bertaqwa?aku bukanlah orang yang ..............."

Hah, nak buat alasan lagilah tu...!
kita sudah islam, yang tinggal hanya untuk mengilap keislaman itu hingga menerbitkan iman dan taqwa...

"Bagaimana...?"

Senang sahaja, cintai agama sendiri, ikut apa yang disuruh, tinggal apa yang ditegah. Jangan melawan.

Pesan nabi, syurga itu tidaklah jauh, syurga itu ada dekat saja dengan dirimu.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk meraih syurga itu...

Thursday, September 29, 2011

Betulkan Niatmu...

Setiap orang pasti mempunyai niat untuk menjadi baik… berniat sahaja sudah menjadi  permulaan yang baik untuk mencapai perubahan… cumanya akan berlaku hasutan Iblis untuk mengubah niat kita… teguhlah dengan niat kamu… jika itu memang membawa kebaikan, Insya’Allah…  niat kamu pasti diberkati Allah… dan hasut Iblis dapat kamu tewaskan… Teguhlah dengan niatmu…

Berniatlah… walaupun dengan berniat sahaja Allah SWT dengan pemurahnya memberi kita ganjaran awal walaupun kita belum melakukannya… ayuh kita renung-renungkan hadis ini…

Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan sesuatu itu baik dan jahat,
kemudian Dia menerangkanya…

Sesiapa yang berniat untuk melakukan satu kebaikan, tetapi tidak melakukanya
Allah S.W.T. mencatatkan di sisi-Nya satu kebaikan yang sempurna…

Sesiapa yang berniat untuk melakukan satu kebaikan lalu melakukanya
Allah S.W.T. mencatatkan kebaikan itu di sisi-Nya sebanyak 10 kebaikan hingga
700 kali lipat ganda atau lebih…

Sesiapa yang berniat melakukan satu kejahatan, tetapi tidak melakukanya
Allah S.W.T. mencatatkan di sisi-Nya satu kebaikan yang sempurna…

Sesiapa yang berniat untuk melakukan satu kejahatan lalu melakukanya
Allah S.W.T. mencatatkan kejahatan itu dengan balasan satu kejahatan sahaja…

( Hadis Qudsi, diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. )


Percayalah jika kamu berniat kearah kebaikan… Allah pasti meredhaimu…
Mungkin satu permulaan yang payah, tetapi memberi hasil yang amat hebat kelak…
Ingatlah, jika dipermudahkan Allah, mudahlah kamu untuk berubah…
Banyak berdoa untuk Allah mempermudahkan usaha kamu…;-)

Tuesday, August 23, 2011

Terima Kasih Cinta

Cinta yang tidak kesampaian pasti akan pergi…
Terima kasih kerana hadir dalam hidupku…
Kehadiranmu membuat aku gembira dan ceria…
Kehadiranmu membuat aku lebih mengenal cinta…
Walaupun hadirmu hanya seketika untukku…
Ia banyak megajarku…
Dengan mencintaimu…. Membuat aku lebih mengenali erti cinta…
cinta itu sememangnya indah…
cinta itu sungguh membahagiakanku…

hadirmu mungkin sementara dalam hidupku…
untuk aku mengenal erti cinta…
cinta banyak mengajar aku…
menyayangi kau sepenuh hati…
menerima kau seadanya…
bersabar dengan kerenahmu…
mencintaimu membuat aku setia padamu…
menghormatimu...
menghargai kau dalam hidupku…

kerana cinta aku sentiasa ceria, bahagia…
kerana cinta aku menjadi setia…
kerana cinta aku lebih penyabar…
kerana cinta aku kenal menghargai…
kerana cinta aku menghormati wanita..
kerana cinta aku kuat, tabah…
kerana cinta aku pasrah, redha..

inilah hikmah cinta yg tidak kesampaian…
untuk aku lebih mengenal cinta…
terima kasih kerana membiarkan aku menyintaimu…
kerana cinta ini banyak mengajar aku…

Thursday, August 18, 2011

JOM TRY

696666999999666999999666666966666966666696666666669666696666696 696669999999969999999966669696666966666696666666696966696666696 696666999999999999999666696669666966666696666666966696699999996 696666669999999999996666966666966966666696666669666669696666696 696666666699999999666666999999966966666696666669999999696666696 696666666666999966666666966666966966666696666669666669696666696 696666666666699666666666966666966999999699999969666669696666696

JOM TRY...!

1. High light sume no. di atas..
2. Tekan CTRL + F ( kuar bar baru kat window )
3. taip 9 kat kotak 'find'
4. clik highlight all

SELAMAT MENCUBA...

Saturday, August 13, 2011

Sayang tiada penghujung…

Pada 12-08-2011 bersamaan 12 ramadhan 1432h hari jumaat aku mendapat dua berita sedih… kembalinya kerahmatullah 2 orang jiranku… seorang bersebelahan rumah pakcik aku meninggal pada 10pg… dan seorang lagi bapa kepada kawan adik aku meninggal pada 12 tgh hari…

Satu ketika dulu aku pernah kehilangan sahabatku(tahun lepas), datukku(13 tahun lepas) dan nenekku(6 tahun lepas) kesemuanya segar dalam ingatanku… kenangan2 dengan arwah selalu tersemat dihati…

Malam nie aku teringat kepada mereka semua dan aku merindui mereka semua… malam nie juga aku tidak dapat tidur, aku  terimbau semua kenangan lama…

Arwah sahabatku pernah berpesan “menyintai tidak semestinya memilikki… yang penting ikhlas dalam memberi kasih sayang… kerana itu yang akan kekal selamanya…”

Benar kata sahabat aku… kerana sayang itulah aku masih ingat arwah atuk, nenek n sahabat aku walaupun mereka semua sudah tiada…

Al – Fatihah untuk :

Allahyarham Ahmad Bin Hassan ( Atuk )

Allahyarhamah Dalek Binti Ranik ( Nenek )

Allahyarham Mohd Noor Bin Tahir ( Pak Long )

Allahyarham Muhammad Azizi Bin Hosri ( Sahabat )

Dan

Dua jiranku ( belum ader name penuh)


Wednesday, August 3, 2011

Aku teringat...

Teringat aku mase mula2 pi terawih dulu… pertama kali pi tu... (x ingat thn bile tp area mase sek rendah r umo 10thn or 11thn lah)

kat johor nie terawih amik 20 rakaat… aduh lame tu…

bangun… duduk… bangun… duduk… penattt…. bile r nak abis….

tiap kali lepas salam aku  pi belakang amik makanan or minuman… (mase tu ader r belen2 juadah buka kat surau)

pas tu aku sambung balik… ( x kira imam tgh duduk ke diri… join je jemaah… habis makan, join jemaah... duk kat baris belakang)

ntah brape kali aku ulang minum makan pastu  join jemaah… minum makan pastu join jemaah…
aku pn duk pk bile r nak abis nie lame dah rase… (mase tu x tau terawih berapa rakaat… main ikut je…)

aku pi kat abah… aku tanya…


aku : abah lambat lagi ker nak abis… x abis2 nie…

abah : 3 kali salam jer… x lame dah nie…

aku : erm… tinggal 3 kali salam je… nak abis dah… (aku cakap dalam ati)


aku pun terus r ikut jemaah… lepas bagi salam aku kira… lagi 2 salam… 2 je… ye ye nak abis…

bagi salam lagi… yeahhhh… dah nak abis… 1 salam lagi…

bagi salam lagi… yeahhhh… abiss… aku terus pakai selipar tunggu abah…
rase macam kejap plak hehe…
(abah wat witir kat umah, sian kat anak dia hehe…)

skang ni aku terpikir kalau abah cakap ENAM rakaat mesti aku rase lambat sangat…
enam rakaat… banyak tu…
tp abah bagitau TIGA kali salam… tiga kan sikit dari enam xde r rase banyak sangat hehehe…

sampai r skang nie aku x kira rakaat… aku kira salam jer hehe…
rase macam kejap plak 20 rakaat tu hehehe…

(tips : jangan pk letih hehe…)

Monday, August 1, 2011

FADHILAT SOLAT TERAWIH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar."

Semoga amalan kita dalam bulan ini diterima-Nya..Amin

Friday, July 29, 2011

Cemburunya bidadari syurga kepada wanita solehah

Kenapa bidadari cemburu kepada wanita solehah,..?

Kerana ternyata Wanita Solehah lebih mulia dari bidadari syurga, keunggulannya yang digambarkan Rasulullah saw sebagai kelebihan yang tampak atas sesuatu yang tidak terlihat.

“ Ya..Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia yang solehah ataukah bidadari yang bermata jeli? ”

Beliau menjawab, “ Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat. ”

“ Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari? ”.

Beliau menjawab,” Karena solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih berseri, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka (Bidadari) berkata, “ Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya. ” (HR Ath Thabrani, dari Ummu Salamah).

Inilah tangkai-tangkai cenderamata untuk para wanita soleha yang mendamba syurga…

Inilah mutiara-mutiara yang kemilaunya mempesonakan mata hingga membuat iri para bidadari yang bermata jeli itu dan para lelaki soleh yang ingin menikahinya...

Inilah kuntum-kuntum bunga, yang harum wanginya melebihi wangi harum kasturi...

Duhai wanita solehah kau kan menjadi idaman lelaki-lelaki soleh kerana pesonamu diatas pesona bidadari bermata jeli itu…

Tak salah sebuah kutipan kata dari `Aidh Al Qarni..
Ku tanamkan didalamnya mutiara..
Lalu,kubiarkan bersinar tanpa mentari & berjalan tanpa rembulan.
Kedua matanya adalah sihir,
Keningnya laksana pedang India.
Milik Allah-lah bulu mata,
leher dan kulit yang dicelup merah. “

Tidakkah engkau ingin seperti Fatimah atas kesungguhannya menjaga kehormatan diri dan suami.??

atau Tidakkah kau inginkan seperti Khodijah atas kelembutannya dan keibuannya,??

atau seperti Nusaibah binti Ka’ab seorang akhwat yang jaguh karate, yang melindungi Rasulullah ke manapun beliau bergerak dalam perang,??

Tapi…bilakah ingin sepeti ‘Aisyah yang suka bermanja dan ceria tentu.. Tidaklah mengapa, atau seperti Hafsah yang tetap bisa membentak dan tertawa terbahak..
Itupun tak apa-apa.

Banyak lelaki yang hanya menginginkan menjadi sosok seperti ‘Aisyah dan Khodijah, kenapa..??
Apa kerana dua wanita Istimewa ini yang telah menjadi mujahidah terbaik bagi Rasulullah saw ,..??
.Tanyakan dalam hatimu,..??

Wanita…janganlah memaksakan diri menjadi orang lain dengan mengubah karaktermu. Tidakkah kau bangga atas Agama Allah atasmu,..?

Maka, cukuplah warna yang menjadi karakter menghiasi pesona akhlaqmu.

“ Shibghah(agama) Allah. Dan Siapakah yang lebih baik celupan warnanya daripada Allah? Dan padaNya sajalah kami beribadah. ” (Al-Baqarah 138).

Sungguh sesuatu yang kini membingkaimu (karakter dan akhlak) adalah sesuatu yang indah yang Allah celupkan warna atasmu. Dan menjaganya untuk tetap menjadi mulia di manapun dan kapanpun adalah lebih baik.

Tetaplah jadi dirimu, bila kau memiliki karakter layaknya Aisyah yang senang bermanja dan ceria, yang begitu cemburu dan tentu pandangannya tak pernah liar karena hanya menjaga pandangan untuk Rasulullah saw. Tetaplah itu menjadi ke-khasanmu.

Duhai wanita solehah, kau memang bukan bidadari tapi tidakkah kau inginkan agar bidadari cemburu padamu karena akhlakmu yang begitu menawan hati?

Karena aku juga cemburu,.. karena akhlak para shahabiyah yang kini telah menawan hatiku…

Kerana aku begitu cemburu, kerana ku inginkan rasa malu itu menjadi penghias akhlak dan keimananku,.. yang menjadikan Khodijah, Aisyah, Fatimah, Hafsah dan shahabiyah yang lain lebih terjaga oleh rasa melebihi terjaganya seorang gadis dalam pingitan.

pada wanita solehah kerana akhlakmu yang begitu menawan itu.

Saturday, June 25, 2011

Pancaran Iman

Iman ada di dalam hati...
Ramai yang tidak suka orang lain mempertikaikan
penampilan, akhlak dan cara hidup mereka...

mereka berkata...

"tidak semestinya aku tidak beriman jika...
berpakaian mendedahkan aurat,
berkelakuan tidak senonoh dan
kurang beribadat...
yang penting aku sendiri tahu kalau aku orang beriman...
takkan hendak menunjuk-nunjuk...?"

itu kata mereka...

tahukah mereka...

sedihnya Nabi Muhammad S.A.W.
melihat perilaku umatnya yang sebegini...

benar iman tidak perlu ditumjuk-tunjuk...
tetapi...
jika benar seseorang itu beriman...
dengan sendirinya iman itu akan terpancar
melalui tingkah laku, akhlak dan penampilanya...

Saturday, June 18, 2011

Untukmu Gadis

Gadis...
Kau cantik pada pandangan
Lahirmu menjadi permata
Belahan jiwa ayah bonda

Gadis...
Tika kau memandang dunia indah
Kau hiburkan jiwa raga
Hingga hampir ternoda

Gadis...
Berhiburlah seadanya
Kerana dunia persinggahan cuma
Pelabuhan sementara buat perantau
Yang duduk melepaskan lelah
Menyediakan bekal, menyemai benih
Kemudian berlepas pergi
Ke alam abadi persinggahan abadi

Gadis...
Duniamu indah
Namun usah kau terpedaya jauh
Lalu membiarkan dirimu
Menjadi habuan nafsu bermaharaja
Pergunakan akan dan hati untuk berfikir
Mata dan telinga untuk berwaspada
Kutiplah sebanyak-banyak bekalan amal
Untuk persingahan abadi
Persinggahan yang maha indah, maha segala
Itulah syurgaNya

Saturday, June 4, 2011

Impianmu Impianku

Impianmu adalah impianku juga,
Kau dengan niat sucimu,
Aku dengaan harapanku,
Kita bersama mengharap redahNya.

Niatmu menjadi solehah,
Harapanku melihat kau solehah,
Niatmu menjadi harapanku,
Dan Dia sentiasa merahmatinya.

Niatmu adalah terbaik untukmu,
Kerana itu adalah tanda kasihNya,
Terdetik dihatimu menjadi solehah,
Bermulalah hidupmu dalam redhaNya.

Ikhlaskan hatimu menjadi solehah,
Tetapkan niat dihatimu wahai teman,
Agar kau kukuh dengan impianmu,
Kerana impianmu jaminan syurgamu.

Rindu Yang Membisik

Rindu yang membisik,
Sering menganggu hariku,
Rindu ini hadir tanpa ku pinta,
Hadir di setiap waktuku.

Kau sentisa segar diingatan,
Aku sering teringat akan dirimu,
Inginku tahu setiap khabarmu,
Namun ku tahu aku bukan siapa.

Maaf aku tidak mampu mengelak,
Bisikkan rindu sering menganggu,
Maaf aku sering merinduimu,
Aku sedar bukan aku cintamu.

Bisikkan rindu hadir dariNya,
Membawa kau dalam doaku,
Agar kau dalam lindunganya,
Agar kau dalam rahmatnya.

Masa Berlalu Dalam Kasih Sayang

Aku mengibau saat aku membesar...

Dikala kecilku setapak tangan,
Aku menangis siang dan malam,
Ibuku ayahku sabar melayanku,

Dikala aku mengenal kaki,
aku berlari ke sana ke sini,
Ayahku ibuku lelah melayanku,

Bila aku mengenal kawan,
Aku sibuk bersama temanku,
Aku lupa sabar dan lelah ibuku ayahku,
Aku tidak sedar kasih ibuku,
Hari-hari aku dimarah ibuku,
Aku tidak sedar susah payah ayahku,
Hari-hari aku tidak melihat ayahku,

Masa berlalu...

Kini aku membesar,
ruoanya...

Ayahku payah mencari rezeki,
Ibuku resah makan minumku,
Ayahku ibuku mengajar aku,
Cara Hidup yang sederhana,
Lelah payah ayahku tidak ditunjukkan,
Risau resah ibuku tidak ditunjukkan,
Kasih sayang mereka melindung segalanya,
Ayah Ibu aku menyayangimu.

Sunday, April 3, 2011

Benarkah ini dikatakan SAYANG…? jom baca…

Satu ari aku jumpe ngan member aku ngan awek dia… aku tgk diorg bahagia je… mase awek dia masuk kedai… mmbr aku duk luar tunggu awek dia… aku pun borak jap ngan member aku nih…

Aku:       halamak bro, bukan main romantik lu dgn awek lu…

Mmbr :   haha… biasak r… hati sudah sayang… lu wat pe kt sini xkan sorang kot…

( dalam ati aku “binawe punya mmbr perli hangit siot…” ) ngan slamber aku jawab…
Aku :      wa single molo r beb… lu pe citer…

Mmbr :    haha… bagus jumpe lu kat sini… hujung tahun nie wa kawin... lu jgn x datang plak… wa suntut lu kalu lu x datang…

Aku :      wei… wei… lu nk suntut lu suntut awek lu bkn wa beb… wa ape ader  haha… pepehal tahniah beb…  lu punya pasal wa mesti datang… tp… pergh! x sangka wa… jigolo mcm lu dh nk kawin siot… x caye x caye… camner lu bleh nak kawin ngan dia nie…

Mmbr : sebab sayang r beb… lu xdak awek.. pe lu tau… hehe…

Aku :      cilakak lu… nape lu sayang sangat ngan awek lu nie… mesti ader sebab…

Mmbr:  haha… wa pun x tau r beb…  sebab dia cantik kot haha…

Aku :      sume awek lu sebelum nie cantik haha…

Mmbr : haha… dia lain… wa sayang di sebab wa nak badan dia r…

Aku :      ceh…! lu nak kawin sebab nak main ker beb… x baik lu wat awek lu cam gitu… sayang biar ikhlas beb… kawin bukan keje main-main… tangungjawab besar beb…

Mmbr : halamak bro… wa tau la… open minded  r skit bro… kalau wa x sayang dia dah lama dah wa ajak dia main… pastu wa tinggalkan dia… tp sebab sayang kat dia r wa nak kawin ngan dia… biar dia halal utk wa…  mcm lagu ape tuh.. lagu kekasih halal… halal mencium, halal memeluk…  hehe…

Aku :      haha… lu wa tgk mcm dh matang skit, x giler cam dulu… mesti awek lu nie yang wat lu jadi camni…  tahniah bro… wa doakan lu sentiasa kekal ngan dia…

Mmbr:  thanks bro… lu mmg mmbr wa dunia akhirat… eh, wa chaow dulu… bakal bini wa dah kuar… datang wei makan nasi minyak wa… bukan selalu wa dapat belanja lu makan nasi minyak tau… haha…

Aku: ok.. ok.. nnt wa datang mkn nasi minyak lu… awek lu dah tunggu tuh.. chaoww…


Haha… sorang lg mmbr aku naik pelamin aku bile lg hehe…  dia nie dulu mmg buas tp skang aku tgk dh okey dah… mungkin Allah temukan awek tu utk mengubah sikap dia… manusia pasti akan berubah… Insya’Allah kalau kita sentiasa doakan kebaikan mesti ader hasil yang baik…

Tp aku mmg terkejut mase r dia bagi tau… dia kawin sebab nak ‘benda tu’… tp bila pikir2 balik mmg betul r… kawinkan memang nak menghalalkan yang haram… dh pandai berfikir member aku nie… korang setuju tak dangan alasan yg member aku bagi nie… benarkah jawapan mmbr aku tu boleh dikatakan SAYANG..?

Sori… ayat kasar sikit… niat nk berkongsi cerita… amik yg baik, jangan yg buruk… peace…;-)

Monday, March 28, 2011

SAYANG atau SUKA atau CINTA…

“saya sayang awak”  “saya suka awak”  “saya cinta awak”
Sayang dan suka dan cinta punya makna yang sama tetapi berbeza maksudnya…

Org pernah bertanya ape bezanya suka dgn sayang… aku  jawab…

“sayang lebih bermakna dari suka…
kerana…

Apabila kamu menyayangi seseorang itu, kamu akan menerima setiap apa yang ada nya…
tetapi …
apabila kamu menyukai seseorang itu, kamu akan meninggalkannya kerana kekuranganya…”

apa pula bezanya sayang dengan cinta… aku jawab…

“Sayang itu lebih hebat ertinya… malah lebih hebat dari cinta…
kerana…

sayang itu hadir dari jiwa yang telus… tetapi cinta lebih bersifat kepada keinginan…

sayang sentiasa menjanjikan kebahagian…
kamu pasti berasa bahagia apabila orang yang kamu sayang bahagia meskipun orang yang kamu sayang itu bukan milikmu…  namun jika dia milikmu, sayang itu menjadikan hubungan kamu kekal bahagia hingga akhir hayat...
tetapi...
cinta menjanjikan dua perkara kesakitan atau kebahagian…
kamu akan sakit bila cinta kamu tidak kesampaian, kamu menjadi sangat bahagia apabila kamu berjaya memiliki apa yang kamu cintai… namun cinta menjadi bermakna bila kamu menyintai orang yang menyayangi kamu..."

pernah orang bertanya
bagaimana kita nak tau sama ada org itu orang yang kita sayang atau kita cinta atau kita suka
aku menjawab…

“jika kamu sayang kepadanya, kamu akan bahagia melepaskannya jika dia bukan untuk kamu…
jika kamu cinta kepadanya, kamu akan sakit melepaskannya jika dia bukan untuk kamu…
jika kamu suka kepadanya, kamu tidak akan merasa apa-apa jika dia bukan untuk kamu…”

aku tanya pendapat kawan aku tentang  suka, sayang dan cinta..
dia jawab…

Suka tidak semestinya sayang,
Sayang tidak semestinya mencintai,
Mencintai semestinya sayang dan suka.

Satu pesanan aku kat korang semua…

Jangan tingalkan org yg kita sayang, kerana orang yang kita suka…
Cintailah org yang sayang kita…

Saturday, March 26, 2011

Perhatian dan Perasaan Sayang

Wanita inginkan perhatian dan perasaan sayang,
Dari insan yang hadir dalam hidupnya.
Wanita berhati lembut dan mudah menangis…
Bukan meminta belas, tapi inginkan perhatian…
Lelaki fahamilah wanita… leburkan egomu…
Berikan perhatian dan rasa sayangmu kepadanya…

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi,
dia menjadi lemah, inginkan perhatianmu…

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya, hanya inginkan perasaan sayang darimu...

Lelaki, jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian...
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu,
Sayangilah wanita yang hadir dalam hidupmu…

Lelaki, jika seorang wanita menangis keranamu,
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Rasailah kesakitan kesedihan yang dia alami…

Wanita mana lagi yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..
Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan..
Dia menangis kerana dia menyayangimu…

Lelaki, rasailah tangisan kasihnya itu...
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya.

Lenturkan egomu…
Lafazkan maafmu…
Lembutkan hatimu…
Kerana wanita ingin disayangi…
Inginkan perhatianmu…
Menantikan kasihmu…
Jangan engkau persiakannya…
hulurkan perhatian dan perasaan sayangmu...

Saturday, March 12, 2011

Diamku… kerana aku mencintaimu

Jika belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...

kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu...
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..

kerana diammu...
itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

sahabat...
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata...

bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam...
kerana...
jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...

kerana yakinlah...
Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
bersabarlah dalam diammu...

Monday, February 28, 2011

Indahnya Menjadi Wanita Solehah

"Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Dan perkara yang pertama kali di tanyakan kepada seorang wanita pada hari kiamat nanti, adalah mengenai solat 5 waktu dan ketaatanya terhadap suami" (HR.Ibnu Hibban dari Abu Hurairah)

Ada 10 wasiat Rasulullah SAW kepada puterinya Fatimah binti Rasulullah. 10 wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap isteri solehah...

Wasiat tersebut adalah:

1).Ya, Fatimah kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum melebur kejelekan dan meningkatkan darjat wanita itu.

2). Ya, Fatimah kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya,nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka 7 tabir pemisah.

3).Ya, Fatimah. Tiadalah seorang wanita yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaianya, melainkan Allah menetapkan pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4). Ya, Fatimah, Tiadalah wanita yang menahan keperluan tetangganya, melainkan Allah akan menahanya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5). Ya, Fatimah, yang lebih utama dari keutamaan diatas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak redha kepadamu,maka aku tidak akan mendo'akanmu. Ketahuilah, Wahai Fatimah. Kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6). Ya, Fatimah. Apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya,
dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu keburukan.
Ketika wanita merasakan sakit akan melahirkan,
Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah.
Setelah seorang wanita melahirkan kandunganya,

maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia di lahirkan dari kandungan ibunya.
Apabila seorang wanita meninggal dunia ketika melahirkan,
maka dia tidak akan membawa dosa sedikit pun dan akan di anggap sebagai mati syahid.
Di dalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bagian dari taman syurga.
Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala 1000 orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu Malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

7). Ya, Fatimah, Tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang dan ikhlas,melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala 100 kali beribadah haji dan umrah.

8). Ya Fatimah, Tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami,
melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih sayang(rahmat).

9). Ya, Fatimah, Tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati,
melainkan para Malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya,
dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10). Ya, Fatimah. Tiadalah seorang wanita yang membantu meminyaki kepala suaminya dan menyisir rambutnya, meminyaki jenggot dan memotong kumisnya, serta memotong kukunya,
melainkan Allah memberi minuman dari air syurga yang di kemas indah yang di datangkan dari sungai-sungai Syurga.
Dan Allah mempermudah sakaratul maut baginya,
bebas dari seksa neraka serta dapat melintasi shiratal-mustaqin dengan selamat.

SubhanAllah begitu indah menjadi wanita solehah, dengan kelembutan dan kasih sayangnya yang dapat merubah dunia.

Saudariku jadilah dirimu wanita yang solehah dan taat pada suami.

Jika suamimu redha padamu maka Allah SWT pun akan redha padamu...

Wallahu'alam...

Tuesday, February 15, 2011

SAAT KEWAFATTAN RASULULLAH SAW.

Daripada Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:”Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”

Allah berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”

Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la.”

Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”

Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis. Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”

Semakin Tenat

Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assolah yarhamukallah.” Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: “Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.”

Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?” Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.”

Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”

Malaikat Maut datang bertamu Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.” Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?”

Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.” Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?” Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang. Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat Maut.

Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.”

Ketika Sakaratul Maut

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”


Baginda SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.”

Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?” Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”

Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.” Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?” Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.

Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.” Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.”Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu, tangisan mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.”Ummatii, ummatii, ummatiii?” – “Umatku, umatku, umatku”

Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW. Kesedihan Sahabat Berkata Anas ra: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: “Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.

Wednesday, January 12, 2011

MENCARI JODOH DALAM ISLAM

SIAPA sangka kita akan bertemu jodoh dengan seseorang yang sebelum ini tidak pernah dikenali.

Malah, dalam sekelip mata si dia sudah menjadi isteri kita.

Itulah dinamakan jodoh yang Allah s.w.t kurniakan kepada seseorang. Zaman datuk nenek moyang kita, kebanyakan menyerahkan kepada ibu bapa untuk memilih jodoh, tiada istilah bercinta atau mengurat.

Berbeza kini, zaman siber memberi pilihan kepada anak-anak memilih pasangan sendiri. Pasti setiap pasangan ada cerita menarik detik awal perkenalan sehingga diijab kabulkan.

Jika menuntut di menara gading, pastinya banyak kenangan manis bagi pasangan bertemu jodoh.

Ada yang bermula dengan meminjam nota pelajaran sehingga menerbitkan perasaan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Ada sebahagian yang 'kuat' jodohnya sejak zaman persekolahan, walaupun banyak pilihan di kampus, si dia tetap menjadi pasangan ke jenjang pelamin.

Begitulah hebat tarikan kasih sayang antara lelaki dan wanita. Setiap pertemuan itu pastinya dari 'mukadimah' cinta iaitu mengurat.

Tetapi, apakah Islam membenarkan umatnya melakukan perbuatan mengurat?
Cinta itu sebagai permulaan (mukadimah) kepada perkahwinan. Tidak menjadi kesalahan mengurat jika ia membawa kepada kebaikan.

Contohnya, seorang lelaki mahu menyampaikan hasrat hatinya terhadap wanita yang dirasakan layak menjadi teman hidupnya, seni mengurat perlu ada.

Tetapi, dari sudut berbeza, mengurat mungkin membawa keburukan jika berlaku perkara yang bertentangan dengan agama iaitu perzinaan.

Akibat berzina amat buruk kerana melanggar hukum Allah. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat". (Surah al-Israak ayat 32)

Justeru, apabila keluar dari rumah, agama menyuruh kita menutup aurat selain memelihara diri daripada keghairahan seks yang boleh membawa kepada zina.

Islam tidak menyekat fitrah manusia untuk sayang menyayangi, cuma kita dilarang jika bibit-bibit kasih sayang itu membawa kepada kemaksiatan.

Islam tidak pernah menghalang memikat atau mengurat, tetapi perlu ada seninya dan tidak melanggar batas kesusilaan antara lelaki dan wanita.

Jika seorang lelaki itu berminat terhadap seorang wanita dan mahu menjadikan teman hidup, mereka perlu berjumpa dengan wali untuk meminang.

Menjadi satu kesilapan jika terus bertemu wanita pilihannya tanpa bertemu ibu bapanya.

Kita dianjurkan mendirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang ada atau petunjuk membuat keputusan yang belum ada.

Mereka yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.

Selepas keputusan dibuat, teguhkan azam dan terus bertawakal sebelum menguruskan lamaran dengan memilih wakil yang baik untuk meminang.

Jika bersedia, bawalah keluarga berjumpa dengan wali perempuan untuk mengenali calon menantu serta menyatakan hasrat dengan lebih jelas.

Selepas kedua-duanya bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan. Selepas bertunang, haram bagi seorang wanita itu dipinang lelaki lain.

Sepanjang masa pertunangan, mereka boleh mengenali di antara satu sama lain. Ketika itu barulah dapat dirasakan keserasian sebelum majlis perkahwinan.

Sentiasa beringat bahawa bertunang bukan 'lesen' melakukan perbuatan maksiat kerana mereka belum sah sebagai suami isteri.

Ini bagi memelihara zuriat yang bakal lahir nanti. Inilah indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup umatnya.

Percintaan dalam Islam ialah hubungan cinta yang disuburkan selepas perkahwinan sehingga ke akhirnya. Tanda sebuah perkahwinan itu dizahirkan melalui hubungan suami isteri diisi penuh tanggungjawab dan kasih sayang, membentuk anak yang soleh dan solehah serta taat kepada perintah Allah.

Jadi berdoalah untuk mendapatkan keredaan Allah semata-mata dan tidak sesekali berdasar godaan nafsu dan keduniaan.

Jika masih 'berat' bertemu jodoh, jangan bersangka buruk kepada Allah. Ini pastinya satu ujian yang mengandungi 1001 hikmah.

Barangkali Allah mahu selamatkan mereka daripada mendapat pasangan tidak sesuai. Tetapi, usaha perlu dipertingkatkan agar Allah permudahkan urusan kita.
Jangan membuat keputusan tidak berkahwin selama-lamanya kerana ia bertentangan dengan fitrah dan syariat agama.

Nabi Muhammad s.a.w memberi panduan melamar seorang wanita adalah dengan melihat calon mengikut aturan yang ditetapkan syarak.

Dari Anas bin Malik, beliau berkata, Mughirah bin Syu'bah berkeinginan untuk menikahi seorang perempuan. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: "Pergilah untuk melihat perempuan itu kerana dengan melihat itu akan memberikan jalan untuk dapat lebih membina kerukunan antara kamu berdua".

Lalu dia melihatnya, kemudian menikahi perempuan itu dan dia menceritakan kerukunannya dengan perempuan itu. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sebelum berkahwin pasangan diharuskan melihat dan berkenalan. Menurut riwayat Muslim dari Abu Hurairah bahawa Nabi pernah bertanya kepada seseorang yang akan menikahi seorang wanita: "Apakah engkau telah melihatnya?" Ia menjawab: "Belum:. Baginda bersabda: "Pergi dan lihatlah dia".

Meskipun sudah berkenalan, seseorang itu dilarang berpacaran berdasarkan ayat Quran yang menegah daripada berlakunya perzinaan.

Berpacaran bukanlah perkara yang tepat bagi mengenal pasangan. Mereka boleh mendapat maklumat daripada orang hampir dengannya seperti sahabat baiknya.

Minta penilaian daripada orang tua dan keluarga sebab mereka yang 'jatuh cinta' tidak melihat kekurangan pasangannya, bau busuk pun dikatakan wangi.

Jangan sesekali mengambil kesempatan terhadap pasangan walaupun mereka memberi isyarat berminat kepada kita.

Berikan pujian dengan ikhlas dan jujur terhadap sikap serta personaliti mereka. Jadikan mereka mempercayai kepada keikhlasan kita supaya mereka dapat berkongsi suka duka atau luahan emosi.

Janganlah bersikap keterlaluan sehingga menimbulkan pergaduhan atau rasa tidak senang kepada pasangan. Berusahalah untuk mencuci hati daripada perasaan negatif.

Untuk menjadikan semua orang di sekeliling kita berasa senang dan sayang kepada kita, bersihkan hati dengan menjaga ibadah seperti solat, membaca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf jika melakukan kesalahan, banyakkan bersedekah dan sentiasa memikirkan hal yang positif.

Dilahirkan sebagai lelaki, kita perlu banyak belajar mengenal kerenah wanita terutama menjaga perasaan, kehendak, pemikiran dan kesukaan mereka.

Cuba elakkan mencari kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Apatah lagi bertindak mengutuk atau memalukan bakal mereka.

Pasangan pastinya akan tertarik kepada jika kita mengasihinya bukan kerana harta, wajah atau keturunannya.

Cari ruang untuk sentiasa mewujudkan suasana yang gembira yang dalamnya ada terselit kisah lucu.

Apa yang paling penting, carilah bakal bakal pasangan yang sekufu, setara dan sepadan dengan kita. Kehidupan yang lalui adalah 'medan' untuk terus memperbaiki diri dan belajar sesuatu perkara yang baru.



Kerana keikhlasan cinta, kasih dan sayang...
aku ingin melamarmu... adakah kau sudi...