Wednesday, November 30, 2011

Bukan Aku Selayaknya

Seriously aku tak layak untuk kau…

Aku rasa sangat jauh untuk kau…

Aku percaya kau sedar yang aku sangat-sangat sayangkan kau…

Tapi kini aku perlu kurangkan perasaan sayang dan cinta pada kau…

Aku benar-benar x layak untuk kau…

Aku bukan terbaik untuk kau…

Kau terlalu cantik untuk aku, aku sememang tidak layak untuk kau…

Moga kau bertemu dengan orang yang lebih layak…
Moga orang itu akan membimbing kau…

Doaku untuk kau bertemu dengan lelaki yang membawa kau ke syurga…
Aku ikhlas melepaskan kau dari angan cintaku…

Mungkin kau Nampak aku lemah dalam mengejar cintamu,
Tetapi inilah kekuatan untuk menerima jika kau bukan untukku…

Bukan aku tak berusaha, tapi biarlah kau bertemu dengan yang selayaknya… aku redha…
Cintaku bukan kerana parasmu, tp cintaku hanya Allah yang tahu…

sungguh aku ingin memilikimu, inginkan mu menjadi temanku...
susah senang bersama, kita bersama-sama menuju keredahaan ILAHI...
aku sering berharap kita akan seiring menuju kesyurgaNya...
namun adakah aku selayaknya...?






*Hakikatnya aku tidak layak untukmu, melainkan kau rasa aku layak untukmu…*

"Kesediaanmu membuat aku bertambah sayang padamu,
ketidaksediaanmu membuat aku lebih menghormatimu" -elyas-

Sunday, November 27, 2011

KISAH HIJRAH

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.


Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam

Monday, November 21, 2011

CINTA_KASIH

Costumer Service (CS) : Ya, ada yang boleh saya bantu?

Pelanggan (P) : Setelah saya pertimbangkan, saya ingin memasang CINTA_KASIH. Bolehkah anda mengajar saya menyelesaikan prosesnya?

CS : Ya, saya dapat membantu anda. Anda bersedia melakukannya?

P : Saya tidak faham secara teknikal, tetapi saya bersedia untuk memasangnya sekarang. Apa yang harus saya lakukan dahulu?

CS : Langkah pertama adalah membuka hati anda. Tahukah anda di mana hati anda?

P : Ya, tapi ada banyak program yang sedang aktif. Apakah saya boleh memasangnya, sementara program-program tersebut aktif?

CS : Program apa yang sedang aktif?

P : Sebentar, saya lihat dahulu, program yang sedang aktif adalah SAKITHATI.EXE, RENDAH_DIRI.EXE, DENDAM.EXE dan BENCI.COM

CS : Tidak mengapa, CINTA_KASIH akan menghapus SAKITHATI.EXE dari system operasi anda. Program tersebut tetap ada dalam memori anda, tetapi tidak lama kerana akan ditindan oleh program lain. CINTA_KASIH akan menimbus RENDAH_DIRI.EXE dengan modul yang disebut PERCAYA_DIRI.EXE, tetapi anda harus mematikan BENCI.COM dan DENDAM.EXE. Program tersebut akan menyebabkan CINTA_KASIH tidak dapat dipasang dengan sempurna. Dapatkah anda mematikannya?

P : Saya tidak tahu cara mematikannya. Dapatkah anda mengajar saya?

CS : Dengan senang hati. Gunakan Start Menu dan aktifkan MEMAAFKAN.EXE. Aktifkan program ini sekerap yang mungkin sampai BENCI.COM dan DENDAM.EXE terhapus.

P : ok, sudah. CINTA_KASIH mula dipasang secara automatic. Apakah ini wajar?

CS : Ya, anda akan menerima pesan bahawa CINTA_KASIH akan terus dipasang kembali dalam HATI anda. Apakah anda melihat pesan tersebut?

P : Apakah sudah selesai dipasang?

CS : Ya, tapi ingat bahawa anda hanya punya program dasarnya sahaja. Anda perlu mulai menghubungkan HATI yang lain agar untuk meningkatkan (upgrade) keupayaanya.

P : Ops, terdapat pesan error. Apakah yang harus saya lakukan?

CS : Apa pesanannya?

P : ERROR 412 – PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENT. Apa maksudnya?
CS : Jangan khuatir, itu masalah biasa. Ertinya, program CINTA_KASIH diset untuk aktif di HATI luaran tetapi belum boleh aktif dalam HATI dalaman anda. Ini adalah salah satu kerumitan proses memprogramkan, tetapi dalam istilah bukan teknikal ini bererti anda harus ‘meng-CINTA_KASIH’ mesin anda sendiri sebelum ‘meng-CINTA_KASIH’ orang lain.

P : Lalu apa yang harus saya lakukan?

CS : Dapatkan anda klik pulldown direktori yang disebut, “PASRAH”?

P : Ya, sudah.

CS : Bagus, Pilih fail-fail berikut dan salin ke direktori “MYHEART”MEMAAFKAN-DIRI-SENDIRI.DOC, dan MENYEDARI_KEKURANGAN.TXT. System akan menghapuskan fail-fail konflik dan mulai memperbaiki program-program yang salah. Anda juga perlu mengosongkan Recycle Bin untuk memastikan program-program yang salah tidak muncul kembali.

P : Hei, HATI saya terisi fail-fail baru. SENYUM.MPG aktif di monitor saya dan menandakan bahawa DAMAI.EXE dan KEPUASAN.COM disalin ke HATI. Apakah ini wajar?

CS : Kadang-kadang orang lain mungkin perlu waktu untuk download. Jadi CINTA_KASIH talah dipasang dan aktif. Anda harus mampu menanganinya dari sini. Ada satu lagi hal yang penting.

P : Apa?

CS : CINTA_KASIH adalah freeware. Pastikan untuk memberikanya kepada orang lain yang anda temui. Mereka akan berkongsi kepada orang lain dan seterusnya sampai anda akan menerimanya kembali.

Saturday, November 12, 2011

Hiasan Kasih Indah

Dia umpama rama-rama,
Terbang bebas ceriakan suasana,
Rama-rama yang sukar dihampiri,
Terbang bila cuba dihampiri,
Lalu menghinggapi bunga,
Mengecapi kemanisan bunga,
Andai aku bunga itu,
Akan kuberi keinginanmu,
Membiar kau merasai kenikmatan,
Akan kuelakan dari kehampaan,
Namun aku bukan bunga itu,
Aku hanya daun yang hijau.

Andai kau rama-rama itu,
Aku tidak akan menangkapmu,
Membiar kau bebas berterbangan,
Bebas mencari bunga kesukaan,
Berhati-hati apabila mencari,
Jangan sampai hujan membasahi,
Kerana air merosak sayapmu,
Izinkan aku memayungimu,
Maka jangan pernah menjauhiku,
Kerana aku ingin melindungimu,

Apabila menghinggapi bungamu,
Harap daun di atasmu,
Aku rela menjadi daun,
Daun yang melindung,
Melindung rama-rama dari kebasahan,
Ketika menikmati kemanisan,
Kemanisan bunga akan ke penghujungnya,
Perlindunganku tiada penghujungnya.