Monday, December 17, 2012

Drama Perempuan Itu Ibuku

Drama ‘Perempuan Itu Ibuku’ telah mengilhamkan aku untuk menulis kali ini. Apa yang menarik dalam cerita nie, drama mengisahkan seorang ibu yang mempunyai seorang anak terpaksa menjadi perempuan murahan untuk membayar hutang suaminya dan pada masa yang sama perlu membesarkan anaknya. Yang bertambah menarik, si ibu ini mengunakan hasil yang kotor itu untuk membiayai anaknya belajar di mesir (kalau x silap) dan anaknya kembali ke malaysia dan menjadi seorang ustaz. Si anak ini tidak tahu ibunya seorang ibu ayam, sejak pulang ke malaysia si anak ini tidak pernah bertemu dengan ibunya. Ibunya sengaja menghilangkan diri dan tidak ingin berjumpa dengan anaknya kerana si ibu tidak mahu anaknya malu dengan perbuatannya. Si anak mencari ibunya... akhirnya... ... ...

Hehe... xyah r cerita sampai abis... nak tau, tengok sendiri drama nie... tapi rata2 semua dah tengokan ending cerita nie... hehe... ok berbalik kepada ilham untuk menulis kali nie...

Ok, nak tanya r kat korang... suatu hari korang berjalan di tengah bandar... dan korang ternampak pelacur... apa yang korang fikirkan... erm... take time k hehe...

Tapi rasenye malas nak tunggu korang bagi jawapan... tapi biar aku jangkakan jawapannya...

Korang mesti terfikir “ish teruknya dia nie, macam dh x de kerja lain... buat dosa je... perempuan murahan, duit dapat x berkat pun sia-sia je” (lebih kurang r kan)

Tapi berapa ramai yang jumpe pelacur dan katakan “Ya Allah berilah petunjuk kepadanya, bukalah pintu taubat untuknya... beri hidayah kepadanya” (ade ker?)

Kalau ade bagus r, itulah yang sebaik-baiknya... KITA BUKAN SIAPA UNTUK MENGHUKUM, YANG BERHAK UNTUK MENGHUKUM HANYALAH ALLAH

Marilah kita berfikir sejenak... layakkah kita untuk menghukum, sedangkan Allah yang lebih berhak, DIA lebih maha mengetahui...

Mari kita berfikir dari luar kotak fikiran, hapuskan negatif ambil yang positif...

Pernah dengar x cerita seorang pelacur diampunkan dosanya kerana memberi air kepada seekor anjing yang kehausan... itu adalah kisah teladan untuk kita sebagai message bahawa Allah itu Maha Pengampun, sejahat mana orang itu, pintu taubat sentiasa terbuka sebelum hadirnya malaikat maut.

Berbalik kepada si ibu yang jadi ibu ayam tadi...

Lumrah manusia, kita akan mudah berfikiran negatif apabila kita melihat sesuatu yang negatif. Sedar x kita sebenarnya mampu mengubah pemikiran negatif kepada pemikiran positif.

Contoh seperti dalam drama ‘Perempuan Itu Ibuku’... si ibu seorang pelacur, si anak adalah seorang yang soleh... kita lihat si ibu mengunakan hasil yang kotor untuk menampung perbelanjaan anaknya di mesir... orang akan kata hasil ibunya itu tidak berkat... namun dengan hasil yang tidak berkat itulah digunakan untuk anaknya menjadi ustaz. Selayakkah kita menghukum harta itu tidak berkat? Tidak kan...? Allah yang berhak menentukanya. Allah Maha tahu, Dia tahu kenapa si ibu itu jadi ibu ayam... sedangkan kita tidak tahu kenapa dia jadi ibu ayam... lihat... berhakkah untuk kita menghukum, sedangkan Allah lebih tahu.

Ayuh kita berfikiran positif, kita lihat seorang pelacur lantas janganlah menghinanya tapi mendoakannya... berdoa adalah lebih baik daripada menghina... mudah2an dia peroleh hidayah dan bertaubat. Berfikir di luar kotak, mungkin si ibu itu sangatlah hina kerana menjadi perempuan murahan, tetapi si ibu itu telah melahirkan anak yang soleh... pada awalnya kita akan fikir permpuan murahan itu akan ke neraka... tetapi takdir Allah menetukan anaknya adalah anak yang soleh... fikirkan yang anak itu akan mendoakan ibunya dan akan membantu ibunya ke jalan yang lurus, jalan ke syurgaNya. Tidak mustahil ibu yang kita fikirkan akan ke neraka tadi akan ke syurga kerana anaknya yang soleh itu. Allah juga yang telah menetapkan takdirnya. Siapa kita untuk menghukum?

Ending drama ‘Perempuan Itu Ibuku’ si ibu mati di samping anaknya dan sempat mengucap kalimah syahadah.
“Tiada tuhan yang berkuasa melainkan Allah, dan Nabi Muhammad S.A.W. adalah pesuruh Allah”


*bersalawat keatas nabi bila bertemu perkataaan ‘Nabi Muhammad’
“Allahuma solli’ala sayyidina muhammad, wa’ala aalihi  wa as-haabihi ajma’iin”

Al-Nasai dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad berpesan,
“sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak bersalawat kepadaku”

Bila kamu habis membaca nie... kamu telah bersalawat keatas nabi sebanyak 3 kali...
perbanyakan salawat k (^_^)

No comments:

Post a Comment