Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri 1433h

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua kawan-kawan
Semoga raya tahun ini memberikan kegembiraan dan kebahagiaan kepada korang semua
Semoga korang gembira, bahagia, ceria bersama-sama orang tersayang, keluarga tercinta…
Yang baru berkahwin… berbahagialah, bergembiralah dengan suami/isteri tercinta…
Yang sudah punya anak… semoga Aidifitri kali ini lebih ceria bersama anak-anak…
Yang berkapel, bercinta… jangan lama-lama cepat-cepat kawin… hehe…
Yang bujang, solo… never mind nanti adalah… ceria-ceria di aidilfitri k… korang x lonely pun hehe…

Sempena Aidilfitri kali ini, Maaf Zahir Batin aku pinta…
Maafkanlah segala salah silap aku, andai ada yang sengaja atau tidak sengaja
Mungkin ada perbuatan aku atau tindakkan aku yang korang tidak senang
Mungkin juga tidak selesa dengan setiap apa yang aku lakukan…

Dikesempatan ini, sementara hayat masih ada maafkan segala salah silap aku
Aku juga manusia biasa yang sering membuat kesilapan… maafkan aku…

Kepada yang pernah cari pasal dengan aku… aku sentiasa maafkan kau awal-awal lagi…
Tapi setakat aku berkawan dengan korang nie… xde pun yang cari pasal dengan aku hehe…
Aku happy berkawan dengan korang k… friendship forever…

Yang tidak berapa mengenali diri aku ini… aku adalah aku hehehe…
korang tetap kawan aku… sekali aku dah add korang, korang adalah kawan-kawan aku selagi aku tak remove korang hehe… terima kasih lah kerana sudi berkawan dengan aku…

SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI TO ALL MY FRIENDS

Daripada : Mohd Elyas Bin Abdul Rahman




Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Syawal kali ini penuh dengan kegembiraan dan keceriaan bersama tersayang..
Semoga lebaran kali ini lebih bermakna...

Salam Aidilfitri daripada kami sekeluarga.. (^_^)

Abdul Rahman Bin Ahmad (abah)
Lizam Binti Mekah (mak),
Mohd Zamri Bin Abdul Rahman (along),
Mohd Elyas Bin Abdul Rahman (yas),
Mohd Ridzuan Bin Abdul Rahman (wan)
Nur Amirah Binti Abdul Rahman (mira) dan
Nur Ayuni Binti Abdul Rahman (yuni)

No comments:

Post a Comment