Thursday, February 18, 2010

MAAFKAN AKU...

Ibarat pungguk rindukan bulan,
Mengharap kasih seorang teman,
Tapi sedar tidak kesesuaian,
Ini permainan sebuah perasaan,

Maafkan aku dengan sikapku,
Terus mengharap kasihmu,
Walau sedar kau tak sudi,
Tapi aku sabar menanti,

Tak mampu aku mengundur diri,
Kerana engkau amat ku sayangi,
Maafkan diriku ini,
Kerana engkau amat ku cintai,

Maaf aku ingin meminta,
Jangan engkau menolak cinta,
Ku tak sanggup kehilanganmu,
Kerana engkau sering ku rindu,

Ku sedar siapa diri ini,
Tidak layak untuk kau cintai,
Bukan aku tidak mengerti,
Jawapan engkau ku nanti,

Sebelum engkau menolakku
Izinkan aku memberi tahu,
Engkau adalah bidadariku,
Aku amat menghargaimu,

Maafkan aku wahai bidadariku,
Kerana terlalu mencintaimu,
Kerana terlalu manyintaimu,
Ku tak sanggup kehilanganmu,

Maafkan aku wahai bidadariku…..

Tuesday, February 16, 2010

13 FEBRUARI 2010 yang tragis...

Tragis… tragis… tragis…

kita telah digemparkan dengan berita yang amat menyedihkan… kesedihan yang tidak dapat dibendung…
mengalir air mata menyaksikan kekejaman… kekejaman yang sangat nyata…….

Apalah dosanya…….. dia dibakar… dia dibuang… siapa yang dibakar? Siapa yang dibuang?...
dia adalah seorang bayi yang kecil… bayi yang tak berdosa…
bayi yang baru hendak melihat dunia….
Kekejaman jenis apakah ini…?
Adakah zaman jahilliyyah telah kembali?
Membunuh bayi yang baru lahir… kesihan si bayi…...,
9 bulan di dalam kurungan kandungan, apabila bebas dia dibunuh!
Tak sempat melihat dunia… tak sempat mendamba kasih sayang seorang ibu…
bayi ini tidak mahu apa-apa… dia hanya mahu dibelai… dia hanya mahu disayangi…
di dalam kandungan dia tertanya-tanya… siapakah yang akan menjaganya…? siapakah yang akan membelainya…? Tidak sabar rasanya hendak melihat dunia…

tetapi..

sejurus keluar dari kandungan, dia dibunuh, dia dibakar, dia dibuang… hancur impiannya…
apakah perasaan si bayi..? hinakah si bayi di dunia ini… sehingga diperlaku sebegitu…
TIDAK! Mereka yang melakukan pada bayi itu yang hina…
dia membakar bayi dengan api yang kecil… tahukah dia, dia akan dibakar dengan api yang berlipat kali ganda di neraka kelak…

na’uzubillah…

berikanlah hidayah kepada mereka Ya Allah...

Titian Kasih Insan Kamil

Di kala kesepian,
Aku sering kesunyian,
Dan hadir pertanyaan,
Dalam mencari percintaan,

Adakah aku ada keberanian,
Adakah aku punya kekuatan,
Adakah hadir keyakinan,
Untuk meluahkan perasaan,

Kiranya aku luahkan,
Adakah itu berlandaskan fikiran,
Atau asakan perasaan,
Ataupun mengikut tuntutan,

Sudikah dia mengisi kekosongan,
Adakah dia punya pilihan,
Ini semua adalah persoalan,
Persoalan insan yang punya perasaan,

Sungguh aku dalam kesepian,
Ingin mencari seorang teman,
Sebagai bidadari di laman,
Penceria sepanjang zaman.