Tuesday, December 28, 2010

CIRI-CIRI SUAMI IDAMAN

Setiap isteri suka apabila suami pandai mempamerkan cintanya. Sikap romantik seorang suami terhadap isteri adalah sifat yang digalakkan dalam islam. Itulah penyubur kasih sayang antara suami dengan isteri.


Carilah yang bertakwa

Suami idaman yang bertakwa akan menjaga pandangannya, menjaga kehormatannya, memelihara kerukunan rumah tangga dan mengelakkan maksiat.

Firman Allah :
“katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereke kerjakan.”
(Surah al-Nur 24:30)

Kelebihan suami yang bertakwa
  • Tidak mensia-siakan isterinya.
  • Membimbing isterinya ke jalan yang di redhai.
  • Menghormati isteri apabila dia mencintainya, dan tidak memudaratkan tubuh isteri apabila dia membencinya.
  • Menjadi banteng kehidupan isteri apabila dalam kesusahan dan sentiasa berkongsi kegembiraan dan kesenangan.
  • Sentiasa mendoakan isteri dan anak-anak.
  • Berkelakuan baik terhadap ahli keluarganya dan keluarga isterinya.


Carilah yang memimpin isteri dan keluarga.

Firman Allah :
“kaum lelaki itu adalah pemimpin terhadap kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka daripada sebahagian yang lain”
(surah al-Nisa’ 4:34)

Suami yang memimpin sentiasa memberi bimbingan kepada isteri dan seluruh ahli keluarganya agar tidak terjurumus dalam lembah kejahilan.


Carilah yang bersifat penyayang

Suami yang menjadi idaman isteri ialah suami yang sentiasa memberi tumpuan kepada keluarga berbanding urusannya di luar rumah.

Seorang isteri amat mendabakan kasih sayang daripada suaminya.

“suami ibarat matahari, memberi cahaya dan kehangatan…
isteri ibarat bulan, cantik lembut dan indah dipandang…”

Firman Allah :
“… dan gaulilah mereka dengan cara yang baik.” (surah al-Nisa’ 4:19)

Hadis Rasulullah s.a.w :
“sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik kepada isterinya, dan aku ialah orang yang paling baik terhadap isteriku.”
(hadis daripada al-Tabarani dan al-Tamizi)


Carilah yang memahami.

Suami yang memahami mengambil kira faktor kejiwaan apabila berhadapan dengan isteri dengan menyelami cita rasa dan mengambil tahu perasaan isteri.

Suami tidak sewajarnya mengharapkan isteri memahami sikapnya, sebaliknya suami hendaklah terlebih dahulu memahami sikap isterinya.


Carilah yang romantis.

Sikap romantis lahir daripada hati yang penuh dengan kasih sayang. Sikap ini adalah manifestasi daripada akhlak mulia yang terpancar melalui percakapan dan perbuatan sehari-hari.

Petua mengekalkan sifat romantis
  • Isteri hendaklah bijak menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana yang romantik. Apabila ini dapat dilakukan, suami akan sentiasa berasa gembira sehingga romantik yang ada dapat disuburkan.
  • Isteri hendaklah menjaga penampilan dihadapan suami dengan memakai pakaian yang menarik dan bau-bauan yang menyenangkan hati suami.
  • Usah malu menggunakan ungkapan-ungkapan cinta ketika berdua-duaan.
  • Di celah-celah kesibukan dengan kerjaya dan menguruskan rumahtanga, suami isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-dua tanpa gangguan anak dan cucu.
  • Pada ketika-ketika tertentu layangkan kad ucapan yang mengandungi kata-kata romantic yang penuh kasih sayang.
  • Sekiranya timbul sebarang masalah dalam hubungan suami isteri, hendaklah ditangani dengan segera masalah itu. Usah biarkan masalah itu berlarutan hingga lukanya berbekas dihati.

  • Memberi hadiah

Hadiah merupakan tanda kasih atau simbol kasih sayang suami terhadap isterinya.

Rasulullah s.a.w. amat menggalakan amalan memberi hadiah dalam rumah tangga kerana dengan cara ini kasih akan bertambah.

Isteri akan rasa dihargai kerana berasa khidmat dan pengorbanannya selama ini diiktiraf dan dihargai oleh suami.

  • Ringan tulang

Suami idaman mestilah berusaha membuat kebaikan pada isteri pada hari ini, kerana esok belum pasti.

Apabila suami isteri, kedua-duanya keluar bekerja, mereka berdua mestilah ringan tulang dalam urusan rumah tangga.

Suami perlu membantu isteri membersihkan rumah ketika isteri sedang sibuk memasak di dapur.

  • Bergurau senda

suami idaman yang romantis pandai mencari masa bergurau senda untuk mewujudkan suasana yang mesra dan hangat, tanpa gurau senda rumah tangga menjadi hambar dan tawar.

Gurau senda antara suami isteri akan menjadi ibadah kepada Allah dan diberi pahala jika dilakukan dengan niat untuk menggembirakan hati pasangan.

Rasulullah s.a.w. suka berjenaka tetapi baginda tidak berkata melainkan yang benar.

Rasulullah s.a.w.  bersabda :
“segala sesuatu selain zikir kepada Allah adalah permainan dan sia-sia kecuali empat keadaan; seorang suami yang bergurau senda dengan isterinya, seorang yang melatih kudanya, seseorang yang berjalan menuju antara dua sasaran, dan seorang yang berlatih berenang.”
(riwayat al-Nasa’i)


SKETSA KASIH SAYANG RASULULLAH S.A.W.

Rasulullah sentiasa berpegang tangan dengan isterinya semasa meraka berada di rumah

Kadangkala baginda memotong kuku isterinya, mandi junub bersama-sama dan

akan mengajak salah seorang daripada isteri baginda untuk musafir bersama-sama untuk mengeratkan ikatan kasih sayang.

Baginda juga memanggil isteri-isteri baginda dengan pangilan yang mesra dan menyenangkan.

 Panggilan terhadap isteri memainkan peranan penting dalam mengikat hati suami isteri.
 Panggilan manunjukan tahap kemesraan antara suami isteri.
 Seorang suami idaman seharusnya pandai memilih panggilan yang disukai oleh isteri.


Thursday, December 9, 2010

Wanita Itu Istimewa

Wahai kaum Hawa sedarkah kamu… sesungguhnya kamu itu sangat istimewa… kamu sangat disayangi Allah… Allah mencipta kamu dengan sangat unik… mana mungkin Adam mempunyai keistimewaan seperti kamu… Malah Adam tunduk kepada keistimewaan kamu wahai kaum Hawa.

Kamu sungguh cantik… kalau orang kita, kita panggil cunlah masa kamu tidak bertudung…

Tapi… bila kamu pakai tudung… Subahanallah… kalau kata cun tadi… kali ini, wajah kamu penuh kelembutan… cun kamu, berkali-kali ganda…

Subahanallah … Allah mencipta wanita dengan kecantikan, kelembutan apabila bertudung… Subahanallah…

kamu kelihatan cantik bila tidak bertudung… tetapi, kamu bertambah cantik, bertambah ayu… wajah kamu penuh kelembutan, keredupan, ketenangan… kamu ibarat bulan terang yang sungguh cantik apabila kamu bertudung… Subahanallah…

Allah sungguh bijaksana… mencipta wanita yang indah dengan mensyariatkan menutup aurat… Subahanallah… mereka yang mengikut syariat , adalah mereka yang sangat istimewa… Subahanallah…

Kamu pasti ingin kelihatan cantik bak bidadari syurga… sang puteri dari kayangan… ayuh! Kayangan kamu berada di syurga… jadilah penghuni syurga… ikutlah syariat-Nya… jadilah wanita yang cantik, ayu, indah dipandang, penuh kelembutan… dengan bertudung…

Subahanallah… wajah kamu yang lembut bila betudung, melembutkan jiwa yang tengah marah… Subahanallah… sedarkah kamu, jika kamu meredakan hati yang sedang marah, kamu sebenarnya memperoleh pahala… kerana kamu telah melakukan kebaikan tanpa kamu sedari…

Subahanallah… banyak hikmahnya bila kamu bertudung… menjadi wanita yang punya paras yang cantik, punya kelembutan, punya keindahan… bertudung menjadikan insan yang sangat istimewa, dihormati, disenangi…  menjadi cantik yang sangat cantik… Subahanallah…






*Sedar atau tidak… apabila kamu habis membaca… sebenarnya kamu telah berzikir pada Allah… Kamu menyebut Subahanallah sebanyak 10 kali… Mudah sungguh dapat pahala bukan… sesungguhnya Allah Maha Pemurah…


Saturday, December 4, 2010

TEMPAH TEMPATMU DI SYURGA

Kau memang cantik, sejuk mata memandang…

Maha Suci Allah… Allah menjadikan kau sungguh indah…

 ingin aku melihat keindahan ini selamanya di syurga…

 jadilah wanita solehah…

tempah tempatmu di syurga wahai insan yang paling aku sayang dunia akhirat…

 (inginku letak namamu di sini, tapi itu rahsia cintaku)

biarlah 20/09/2009, 1 syawal 1430h

menjadi saksi pertama kali aku memberitahu yang aku ada hati pada kau…

walaupun sekadar SMS ia adalah luahan aku padamu dari hati kecilku…

demi Allah, aku benar-benar cinta dan sayang pada kau…

aku juga sedar yang kau tak pernah menyayangiku dan menyintaiku…

andai itu benar, ingin aku nyatakan…

tak perlu terima cintaku… tak perlu menjadi kekasihku…

apa yang aku mahu…

 jadilah mukminah, orang-orang yang beriman...

tempah tempatmu di syurga…

izinkan aku melihat keredupan wajahmu di syurga…

jadilah bidadari syurga…

jangan dekati neraka, kau disentuh api pun aku tak rela…

kerana aku sangat sayangkanmu…

andai aku imammu...

akan aku menempah syurga untukmu...

aku akan cuba membimbingmu ke syurgaNya...

kerana cintaku tidak mahu kehilanganmu di syurgaNya...

mudah-mudahan kita menjadi hambaNya yang soleh solehah...






TEMPAH TEMPATMU DI SYURGA” (by Mohd  Elyas)

Wednesday, October 20, 2010

Notes Aku Buat Tersayang

Insan yang pernah aku lafazkan ‘sayang sangat-sangat’ padanya adalah insan yang paling aku sayang..;-)

Ketahuilah sayang ini sentiasa terpahat di hati biarpun dia bukan untuk aku… kerana perasaan sayang ini sangat hebat untuk dia…;-)

Jika ada insan lain di hati dia dan mampu bahagiakan dia, pergilah… jangan gusar tentang aku… kerana sayang aku adalah untuk melihat dia bahagia…;-)

Dari jauh pasti aku akan sentiasa doakan kebahagiaan dia, aku ingin dia kekal bahagia… inilah tanda cinta dan sayang aku pada dia yang tiada penghujung…;-)

Andai ada insan lain yang terpahat di hati ini, dia tetap aku sayang… akan aku beri tahu kepadanya ada insan lain yang paling aku sayang sebelum kehadirannya… dan satu pesanku padanya… ‘jika awak isteri saya, awaklah yang pertama dalam hidup saya… sayang saya adalah untuk isteri tercinta’;-)

Dia tetap aku ingati, kerana sayang aku pada dia tiada penghujung… namun isteriku tetap yang pertama… dan aku amat berharap DIA ISTERIKU… kerana aku berharap hanya dia yg aku sayang, hanya dia pertama dalam hidup aku…;-)

Sudikah dia menerima cintaku, menjadi isteriku, menemani hidupku, menyerikan syurgaku di akhirat, menjadi bidadari aku… kerana sayangku untuknya tiada penghujung…;-)

Hanya Kau Yang Satu.



Saturday, October 2, 2010

Hakikat Cinta Di Hati Wanita

Kasih bertakhta di hati wanita, sukar diluahkan dengan kata-kata, walaupun kesetiaan, kepercayaan serta kasih dikhianati oleh pasangannya, cinta dan kasih akan terus mekar di dalam sanubarinya.

Wanita boleh memberikan 100% komitmen dan cinta kepada pasangannya, kerana...
Wanita meletakan cinta pada tahap yang amat tinggi, malah jika mendirikan rumahtangga, komitmen diberikan cukup tinggi diberikan kepada pasangannya. Sifat atau perangai wanita ketika bercinta juga tidak banyak berubah apabila mendirikan rumahtangga.

Kuasa cinta isteri tetap utuh, sabar menerima keadaan suami, dengan harapan suatu hari nanti suami dicintai akan berubah. Melainkan apabila isteri tidak sanggup untuk terjun ke neraka bersama-sama suaminya itu.

Fitrah wanita, apabila  berumahtangga atau bercinta, mereka cenderung percaya 100% kepada pasangannya hingga tidak memberikan sedikitpun ruang dalam hatinya pada orang lain dan perasaan itu lebih lagi dikalangan isteri yang kuat pegangan agama dan tahu dosa serta pahala kerana berpegang kepada ‘syurga di tapak kaki suami’.

Apabila pasangannya berubah, ia tidak begitu menyebabkan isteri cepat terasa dengan perubahan pasangannya, tetapi keadaan itu menjadikan isteri menderita dalam diam kerana isteri menganggap cinta itu terlalu suci dan agung...
Sikap lembut dan penyabar dan sering beralah kaum hawa menyebabkan mereka sebenarnya menderita dalam diam kerana tidak mahu dianggap derhaka dan tidak setia kepada pasangnya.

Cinta kadang-kadang menyebabkan wanita ‘buta mata, buta hati’, cinta yang seharusnya indah, namun ada wanita yang tegar mempertahankan cintanya walaupun mereka hakikatnya menderita. Itulah hakikat cinta seorang wanita

Tuesday, August 24, 2010

IDIOLOGI AKU PASAL HANTU..

Kenapa aku x percaya ada hantu... kalau korang nak tau dalam pandangan aku sebenarnya hantu adalah satu perkataan yang menggambarkan suatu lembaga yang menyeramkan... bila sebut H.A.N.T.U je... terbayang lah korang lembaga putih berambut panjang, lembaga hitam yang besar bermata merah dan macam2 lagilah... perkataan H.A.N.T.U itu sendiri sekadar untuk menakut-nakutkan kita yang sememangnya naluri takut ade pada dalam diri manusia... sebab tu lah orang tua dulu2 menggunakan perkataan hantu untuk menakutkan budak kecik yang nakal... korang mesti pernah dengarkan pesanan orang tua2 "jangan main kat luar malam2 ade momok" takpun "jangan main sorok2 nanti kene sorok dengan hantu" ade gak teguran "jangan sebut aku-aku nanti jumpa hantu paku"... hah! Korang nampakkan macam mana perkataan H.A.N.T.U ni orang dulu2 gunakan untuk mengajar anak diorang supaya tak nakal dan hormat pada orang tua... lepas 2 timbul lah pemikiran seolah2 hantu 2 memang wujud... yang hakikat sebenarnya hantu tu tak wujud.... boleh pakai tak ideologi aku ni hehe...


ya manusia memang telah terpedaya dengan tipu muslihat iblis dan syaitan... iblis syaitan ni mempunyai bermacam2 cara untuk menyesatkan manusia... termasuklah muncul sebagai H.A.N.T.U... diorang tau manusia takutkan H.A.N.T.U... so, dengan kelebihan yang ade pada diorang iaitu mampu berubah2 bentuk diorang boleh berubah... ya! diorang memang boleh berubah bermacam-macam keadaan dalam al-qur'an dan hadis ade menceritakan kemampuan diorang tu... tak mustahillah diorang akan menjelma kepada makhluk yang menyeramkan... atau ape saja keadaan yang manusia percaya hantu itu wujud... kalau korang kata hantu 2 berpakaian putih berambut panjang, lembaga hitam bermata merah, atau ape2 yang menyeramkan dan menakutkan, maka diorang pun menjelma r seperti tu... hah! sebab itu r jin, syaitan, iblis ni akan menjelma dengan ape yang korang bayangkan tu.... lepas 2 korang takut... jumpa r bomoh untuk mintak tangkal elak diganggu hantu, jampi serapah buat pendiding, memuja kubur atau amalan2 khurafat lain... hah! Nampakkan bertapa liciknya iblis syaitan ni untuk menyesatkan kita.... korang renung2kan lah jangan terpedaya dengan kewujudan hantu...

Sunday, August 15, 2010

Hantu... wujud ke tak...

sekarang nie kan... banyak sangat cerita2 pasal hantu... ade pameran hantu lah, ade pulak muzium2 hantu skang.. boleh percaya ke semua pasal hantu ni... wujud ke benda alah tu... sampai ade cerita2 dari mulut ke mulut bagitau tempat tu ade hantu, kadang2 tu pulak siap dapat amik gambar hantu lagi... hish betul ke? Boleh percaya ke? Skang pun dah banyak sangat pengarah filem buat filem2 pasal hantu... bagi akulah kan... aku x percaya hantu tu wujud... bagi korang hantu ni wujud x ek? Ape pandangan korang pasal hantu ni...

bila kita tanya.. 'takut x pada hantu...' ade yang jawab 'nak buat ape takut bende tu x wujudpun...' ade plak yang jawab 'entah x tau wujud ke tak...' tapi bagi yang penakut dia jawab 'hish... jangan r cerita pasal hantu ni... eee.. seraaam...' sememangnya pasal hantu ni banyak sangat persoalan... nak kata wujud.. tak pernah jumpa.. nak kata x wujud.. ade je orang cerita pernah nampak hantu... kat sini.. aku nak bagi tau sikit pasal hantu... kenapa aku tak percaya ade hantu... nantiii.... korang tunggu je r, pasti ade sesuatu yang korang tak tau jadi tau... TUNGGU........

Read more: http://www.myspace.com/blackblind/blog#ixzz0wZddgvKH

kat sini aku nak crita sikit pasal hantu, hantu kalau kita tengok dalam kamus bahasa melayu, hantu didefinisikan sbg roh jahat iaitu roh yang tidak diterima bumi selepas mati sbb melakukan kesalahan semasa hidupnya... tetapi tu hanyalah satu dedifinisi mengenai hantu yang diperktakan oleh masyarakat... setahu aku r kan, dalam islam ade beritahu orang yang telah mati semuanya ditempatkan di alam kubur atau yang dinamakan alam barzakh... so kalau macam tu macam mana boleh roh berkeliaran selepas mati... hah! cuba korang fikirkan balik... wujud ke hantu ni???... sbb tu aku berani bagi tau HANTU X WUJUD!!!... hantu 2 cuma permainan ilusi sahaja... jangan korang terpedaya dengan ilusi korang sendiri... aku dapat simpulkan kat sini... hantu yang korang takutkan sangat tu sebenarnya adalah sesuatu yang korang terbayang2 dek kerana cerita hantu dari mulut ke mulut... yang kesahihannya tidak dapat dipastikan... hantu x wujud la......... manusia sekarang sudah terpedaya... korang pun jangan la terpedaya...

Read more: http://www.myspace.com/blackblind/blog#ixzz0wZddgvKH

(to be continued..)

Sunday, August 8, 2010

KECANTIKKAN DALAMAN vs KECANTIKKAN LUARAN (khas untuk kaum hawa)

Kecantikkan dalaman adalah LEBIH BAIK daripada kecantikkan luaran… nak tau kenape?

Kecantikkan dalaman boleh mencantikkan luaran… tetapi

Kecantikkan luaran kadang2 x boleh mencantikkan dalaman… nk tau kenapa…

Kecantikkan luaran kadang2 boleh menimbulkan perasaan riak…

Adakah riak itu baik…? Tidakkan……

Kenapa kecantikkan dalaman itu baik…?

Ade dua sebab…

Satu…. Semua orang tau… kalau cantik dalaman… insya’Allah akan cantik segalanya…

Dua…. Dengan kencantikkan dalaman, lahirlah insan yang bertuah… nak tau kenapa…?

Dia bertuah kerana dia akan memperoleh kedua-duanya dengan nyata di akhirat kelak… dia cantik diluarnya… juga cantik didalamnya… DIA ADALAH BIDADARI DI SYURGA! X ker bertuah tu….

Rupa yang cantik, akhlak yang cantik….

KECANTIKKAN DALAMAN juga KECANTIKKAN LUARAN

Anda semua boleh menjadi BIDADARI…

Wednesday, July 14, 2010

IKHLASNYA KASIH SAYANG

Kebahagian sering diimpikan,
Diimpikan insane berpacaran,
Menutup segala kesedihan,
Memberi seribu keindahan,

Keindahan, kebahagian, kegembiraan,
Mengukir sebuah senyuman,
Senyuman penuh keikhlasa,
Itulah ikhlasnya kasih sayang,

Ikhlasnya kasih sayang,
Menyebabkan kerinduan,
Teringat pada tersayang,
Lalu doa kebaikan disampaikan,

Bila doa disampaikan,
ALLAH pula mendengarnya,
Pasti dikabulkannya,
Hebat! Ikhlasnya kasih sayang,

Hebat rasanya, seronok rasanya,
Bila kekasih hampIr pada NYA,
Inilah ketentuan dari NYA,
Menyalurkan kasih yang penuh keikhlasan,

Kasih yang penuh dengan keikhlasan,
Bukan berharap memilikinya selamanya,
Tapi berharap dia menjadi penghuni syurga NYA,
Sebagai bidadari yang indah wajahnya.

Saturday, July 10, 2010

Lirik baik-baik sayang - waliband

Lirik Baik Baik Sayang - Wali

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Back to Reff:

Saturday, July 3, 2010

PANAS + HOT = berdesing...

Ape nie? kenapa nie? macam mana boleh jadi camnie…? kenapa…?

sebenarnya aku keliru… aku pelik dengan perempuan nie…

bertudung.. tapi… dot.. dot…

aku tertanya-tanya… ape tujuan dia…

ikut fesyen ker? tutup aurat ker…? atau nak tunjuk baik..???

elok lagi perempuan yg x bertudung… x hipokrit…

kadang2 yg x bertudung nie lebih baik dari yg bertudung…

lebih sopan… lebih bermaruah… tahu batas pergaulan..

jangan terkejut ade mereka yg x bertudung nie rajin solat…
tapi tu r hidayah pakai tudung x sampai lg… hehe…
mungkin ader sebab tertentu kot….
x selesa atau ader sakit… pakai tudung jer kepala gatal hehe…

daripada mereka yang bertudung…

akhlak ke mana… pergaulan ke mana.. tu lagi r teruk…
paling ketara… pakai tudung tp nampak bentuk badan…
ish! Aper nie…?? Nie r yg aku x faham…
pelik dengan perempuan… berubahlah..!

tetapi alangkah indahnya kalau yg x bertudung nie,
tp akhlak baik… bermaruah… tahu batas pergaulan… pakai tudung…
cantik… cantik sekali…
molek… molek sangat..

Monday, May 17, 2010

SEBELUM AKHIRAT

sebelum akhirat adalah sebuah cerita yang menyedarkan aku sesuatu yang aku x sedar... semasa babak mubarak di kebumikan, lantas aku katakan "memang layak kau dihukum sebegitu, kau derhaka pada ibubapa, kau merosakan perempuan" tetapi bagi orang yang beriman pasti katakan "ya Allah, permudahkanlah urusan pengkebumian ini, ampuni dosanya ya Allah" di sini lah aku sedar di mana imanku, sediakah aku untuk bertemu dengan ilahi... layakkah aku untuk menghukum orang... dan aku terus tonton, sesungguhnya kemaafan itu sangat tinggi nilainya... lihat sahaja semasa noridah dan ibubapa mubarak memaafkan mubarak... dosa yang sentiasa mendampingi mubarak semasa sakaratulmaut meraung dan terus lenyap... sesungguhnya Allah telah memaafkan dosanya... siapalah kita untuk menghukum seseorang sebelum Allah menghukumnya....

di slot yang lain, aku terkejut dengan tindakan noridah yang ke kota untuk mencari duit dengan cara yang salah untuk membiayai perbelanjaan pembedahan ibunya, selepas dirinya kotor... tetapi Allah maha penyayang, belum sempat noridah menggunakan duit yang kotor itu, Allah telah mengambil nyawa ibunya... sia-sia bukan tindakan noridah tu? di sinilah sahabat2 aku, terutama perempuan... jangan biarkan diri yang kotor terus kotor... insafilah... jangan... jangan sesekali merosakkan diri... jagalah maruah diri... jika ada lelaki bergaya, berharta... telitikan dulu akhlaknya... jangan mudah merelakan diri... jangan mudah menyerah diri...

Wednesday, May 5, 2010

WINNERS VS LOSERS

The winner is always the part of answer
The loser is always the part of problem


The winner always has a program
The loser always has an excuse


The winner says “let me do it for you”
The loser says “that’s not my job”


The winner always sees an answer in every problem
The loser always sees a problem in every answer


The winner says “it may be difficult, but it’s possible”
The loser says “it may be possible, but it’s too difficult”


A winner listens …….
A loser just waits for his turn to talk


When a winner makes a mistake, he says “I was wrong”
When a loser makes a mistake, he says “it wasn’t my fault”


A winner says “I’m good, but not as good as I could be”
A loser says “I’m not as bad as a lot of other people”


A winner feels responsible for more than his job
A loser says “I’m only work here”

Saturday, May 1, 2010

RINTIHAN DARI INSAN YANG SEDANG LEMAH

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat. Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan. 2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak. Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkanINSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada sayarozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Friday, April 16, 2010

Gurindam Ceria Di Ambang Final

Final tiba mengundang resah,
Hati berdebar tidak sudah,
Tidak dapat untuk berdekah,
Semua sibuk mentelaah,

Dalam sibuk ada secebis indah,
Melihat pelbagai telatah,
Dua sahabat sedang mentelaah,
Seorang tergaru seorang terjelir lidah,
Dok mengejek sahabat bermasalah,
Bukan mengutuk tapi bersenda,
Sahabat terketawa hilang resah,
Kemudian bersama selesaikan masalah,

Ada suasana nampak ceria,
Dua sejoli study bersama,
Study penuh semangat di dada,
Kerana pemangkin ada bersama,
Bila tiba pening kepala,
Mereka mula bergurau senda,
Hilang seketika masalah melanda,
Reda sudah tekanan di jiwa,
Mereka kembali study bersama,
Satu pesanan dari hamba,
Biar lebih study bersama,
Jangan lebih-lebih pula....

Di sebalik ceria ada duka,
Ada member berpenyakit pula,
Risau tidak study apa,
Final kian semakin tiba,
Tapi jangan risau jangan gunda,
Sahabat sentisa ada bersama,
Memberi semangat pemangkin jiwa,
Walau sakit tapi gembira,
Kerana sahabat sibuk berjenaka,
Menceriakan suasana berdekah bersama,
Lupa sakit buat seketika,
Kembali semangat study bersama.

Wednesday, April 7, 2010

Persoalan Hati

Satu hari pada tahun lepas sahabat aku ader bagitau aku yg dia suka kt sorg bdk perempuan ni... tp bdak prmpn nie suke kat sahabat dia.. aku pun bg r pandangan aku kat shbt aku ni... aku cakap kat dia “ kalau ko betul syg bdk prmpn tu... ko mesti nak tgk dia bahagia kan... kalau permpuan tu bahagia dengan sahabat ko tu... x salah kalau ko undur diri...” korang nak tau aper sahabat aku jawab...? dia jawab, “aku sayang teramat sayang kat dia yas... camne aku nk lepaskan die... aku x sanggup kehilangan dia... aku sayang giler” br aku tau rupenyer dia sayang teramat sayang pada perempuan 2, aku pun jadi x tau r nak bg pandangan camner ngan dia... tp aku jd kn kisah cinta aku sebagai pandangan... org kata, yg elok jd panduan yang x elok jd pengajaran... aku pun crita kat dia...

“aku pernah sayang seseorng... sayang nyer same macam ko syg kat budak prmpn tu... aku sayang dia dari form 2 hingga abis sijil poli.... jd lame sebab prmpn ni x sedia nak bercinta... maklumlah baru skolah menengah... aku sanggup tunggu sebab aku sayang giler kat dia... mase aku stdy sijil kt poli, dia ni x smbg stdy... ader la mmbr bagi tau aku yg dia nie dah suke kat org lain mmbr sekerja dia... aku pn nk tau r sape lelaki yg bertuah tu... ak pun pi r tempat dia kerja... dari jauh aku tngok dia gembira dengan lelaki tu... aku tersenyum tengok gelagat mereka berdua, dalam hati aku, aku berdoa “ Ya Allah, Engkau kekalkanlah kebahagian mereka berdua ni...” erm, aku mmg kecewa jugak mase tu... tp bila aku tengok dia gembira aku pun jadi gembira...:-) susah nk aku lupa kan dia... mmg xde sape yg dpt ganti dia dalam hati aku... aku betul2 sayang kat dia... mase aku habis sijil poli... aku dapat tau dia baru bertunang dan akan bernikah bulan 12 2005... mulanya aku rase sedih sangat... tp 2 hakikat... aku hanya mampu berdoa agar mereka berdua bahagia sehingga akhir hayat... perpegang pd hakikat tu... akhirnya aku dapat lupakan dia... dan tahun 2007, aku ternampak dia dengan suaminya dan ader seorang anak kecil bersama mereka... dari jauh aku tersenyum tengok dia bahagia... aku pun berlalu dan aku berkata dalam hati “kalau dia bersama aku, adakah dia akan bahagia seperti ini...”

Selepas aku cerita kisah ni kat sahabat aku, aku nampak sahabat aku tersenyum... dia kata akan cuba jadikan cerita aku ni sebagai panduan... tp dia sahabat aku, aku kenal dia... aku terasa sesuatu dari senyuman dia itu... tp aku biarkan... biar dia membuat keputusan sendiri...

Dan setahun berlalu kelmarin dia telefon aku... dia kata dah setahun dia cuba untuk melepas perempuan itu tp x mampu buat macam yang aku buat... dia kata... kisah aku dah nampak kebahagiaan dia... tp kisah dia, x nampak lagi kebahagian itu... dia tanya aku, ape yg patut dia buat... aku cuma jawab “kalau kau rasa kau boleh bahagiakan dia... kau kejar lah dia... tp kalau sahabat kau mampu membahagiakan dia... biar lah dia bahagia...”

Sengaja aku cerita kan kisah ni kat korang... sengaja juga aku tuju perampuan kat citer nie... aku nak mintak pandangan korang terutamanya perempuan... ape lg nasihat yg boleh aku bg kat sahabat aku nie... sebab ari tu dia x puas ati ngan jawapan aku... mungkin dari pandangan korang aku dapat bagi tau dia mase cuti sem nie... ermmmm....

Tuesday, March 23, 2010

Luahan Hati Hamba...

"Perasaan sayang yang Engkau suburkan dalam hati ini sangat hebat... janganlah perasaan yang sangat hebat ini menjadi sia-sia... biarlah dia yang aku sayang merasai kehebatan perasaan sayang ini...;-)"

"Perasaan sayang ini memang sangat hebat... jika dia untukku syukur padamu ya Allah... jika dia bukan untukku, temukan dia dengan lelaki yang lebih menyayanginya dari aku, biar dia lebih bahagia... dan aku sentiasa pasrah dengan ketentuanmu...;-) cinta kerana Allah bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah...;-)"

"Jgn ditanya kenapa sy syg awk.. Kerana sy tiada jwpn nya... Yang sy tau, sy memang syg awk.. Dan itu takdir Allah untuk sy jth cinta pd awk.. Andai t'putus di tengah jalan, itu juga takdir Allah.. Tp doa sy x kan putus untuk awk... Yg sy mahu, awk jd wanita yg soleha... Bahagia dunia akhirat..;-)"

''Aku sangat2 sayangkan kau.. Tp, aku belum bersedia untuk bercinta.. Kerana aku tidak mengharap menjadi kekasihmu, tp sangat berharap kau menjadi isteri ku... Menemani aku di dunia ini sehingga akhir hayatku.. Malah sangat2 berharap kau menjadi bidadariku di syurga.. kerana cintaku, sayangku padamu tiada penghujung.''

"kecewa + gembira = puas hati... thank you Allah... aku berserah pada ketentuanmu... aku pasrah dengan ujianmu... aku redah ke atas semuanya.... syukur ya Allah...:-) (dalam duka, perlu mencari kegembiraan... walau sukar untuk ketemu kegembiraan itu... tapi pasti gembira apabila ada KEIKHLASAN untuk menerima segala ketentuannya...)"

"alhamdulillah... ari ni aku sihat macam biasa... alhamdulillah juga aku ditimpa masalah hari ini... mudah2an masalah hari ini menghapus dosa yg ku lakukan pagi td... ya Allah, aku rela dihukum di dunia... aku x sanggup dihukum di akhirat... ampunilah dosaku ya Allah...."

''syukur alhamdulillah... kalau ada rezeki itu, insya'Allah ada rezeki untuk orang lain juga... berdoalah untuk rezeki orang lain... berkat doa, insya'Allah rezeki melimpah penuh berkat...;-)''

"Aku hambamu yg hina, yg tidak menginsafi kesalahanku... adakah aku perlu dihukum baru bertaubat? Allah, berikan hidayahmu padaku... agar aku tidak terus melakukan dosa..."

"tenangkanlah hatiku ini... permudahkan aku membuat keputusan... tabahkan hatiku untuk mengikut keputusanku... pelihara akhlak ku... mudah2an aku menjadi hambamu yang bertakwa... astagfirullahal'azim... astaghfirullahal'azim... astaghfirullahal'azim..."

"Apa yg perlu kita lakukan kalau melihat seseorang melakukan kesalahan. (tegur dia?, doakan dia?)..
kenapa kita harus doakan orang lain.(kerana kita sayangkan dia, kerana inginkan kebaikan untuk dia)
Ayuh! doakan orang yg kita sayang, demi kebaikan dia....tu tanda kita sayang dia yg tiada penghujung...;-)"


"kadangkala aku terfikir, bilakah ajalku tiba? bukan x tahan dengan ujianmu, tapi takut.. takut menambah dosa, tapi ku syukur engkau panjangkan umurku, engkau beri peluang kepada ku menambah amal, tapi aku akur dengan kelemahanku, aku hambamu yang hina, hambamu yg lemah, kalah dengan tipudaya syaitan, kalah dengan tuntutan nafsu, aku xdapat lari dari melakukan dosa, hanya amal ku harapkan, membantu aku diakhirat kelak, ketika amal dan dosa ditimbang..."


"ku lena dalam lena yg panjang, ku terpersona dengan nikmat duniawi... bila ku terjaga, ku sedar telah melakukan kesilapan... kupohon keampunan, tunjukan jalan... berikanku jawapan... ya tuhan... jangan biarkan aku sering dalam kealpaan..."

Monday, March 15, 2010

INDAHNYA HARI INI

"dari kegelapan lena yg panjang, aku terjaga...
bila ku sedar, terdengar sayup seruan pagi..
ohh tenangnya pagi ini...
bagaikan malaikat berada bersama sepanjang malam...
di sekelumit rasa, terasa indah dunia ini...
bagaikan bidadari berada disisi...
adakah hari yg indah ini menceriakan aku sepanjang hari....?
bagaimana jika bidadari ini pergi...?
pergi lah wahai bidadariku...
nantikanlah aku di syurga...
di dunia ini aku bukan untukmu...
tp aku adalah untukmu di syurga nanti...
mungkin kau bukan bidadari aku di dunia ini...
tetapi kau adalah bidadariku di akhirat kelak...
namun aku mengharap kau bidadariku di dunia dan di akhirat...
cintaku bukan sehingga akhir hayat...
kerana hayat ku masih ada di akhirat....
cintaku tidak akan ada muktamat..." -elyas-

Saturday, March 13, 2010

CINTA

Rindu itu adalah fitrahmu,
Dialirkan di dalam jiwaku,
Kasih sayang mengalir bersama,
Disaluran bernama cinta,

Cinta itu perlu disekat,
Oleh empangan iman,
Dari limpahan maksiat,
Dari terus kekufuran,

Cinta itu perlu disuburkan,
Dengan baja keikhlasan,
Cinta itu perlu disemai,
Di sebuah taman kehidupan,

Kehidupan ini perlu diwujudkan,
Disatukan oleh ikatan pernikahan,
Kehidupan ini perlu diceriakan,
Dengan limpahan kasih sayang dalam perkahwinan.

Thursday, March 4, 2010

ILHAM... Ruangan Hati, Puitis Minda

RENUNGAN


Dengan namaMu ya Allah... Engkau meletakan aku dalam jagaanMu...♥...;-)
perliharalah akhlakku... agar jalanku sentiasa ke arah syurgaMu...♥
perjalanan hidup ibarat melalui terowong gelap... laluan itu sudah ada, tetapi kita perlu harungi terowong itu dalam kegelapan... harungi cabaran-cabaran yang kita tidak nampak…
sukarnya kehidupan… tetapi kita mesti melaluinya untuk sampai ke penghujung terowong…
fikir positif => Allah ada bersama hambanya

yakinlah Allah sentiasa membantu hambaNya mengharungi kehidupan… ;-)
terowong mungkin banyak laluanya… tapi satu laluan adalah ISLAM…;-)
Itulah laluan pemberian Allah… laluannya tetap gelap sehingga hadirnya cahaya IMAN…;-)
Ya Allah... perliharalah keselamatan orang-orang yang aku sayang... perliharalah dan rahmatilah mereka di mana sahaja mereka berada...
kerana sayang aku memohon kepada-Mu...
fikir positif = menghilangkan rasa risau
Allah melindungi orang-orang yang aku sayang...♥

berfikiran positif = bersangka baik kepada Allah...♥
andai kamu resah
andai kamu marah
andai kamu kecewa fikirlah itu adalah pemberian Allah... ianya bersifat sementara... untuk kita nikmati resah, marah dan kecewa untuk seketika...;-)

Tenangkan hati lapangkan fikiran...
matangkan pemikiran dengan berfikiran positif...
fikir positif dengan setiap ujian yang Allah telah tetapkan untuk hambaNya......
...
berilah semangat kepada mereka yang berusaha berhadapan dengan ujian...
jangan perkecilkan, jangan merendahkan orang yang sedang berusaha...
kerana ia bukan membantu tetapi akan melemahkan usaha mereka...
berfikiran positif, mematangkan pemikiran...;-)

MANISNYA TAKDIR Allah jika kamu mencintaiNya...♥



Allah akan menyempurnakan hidupku...
aku berserah segalanya kepada Allah...
Tiada tuhan yang lebih berkuasa melainkan Allah...♥

jangan leburkan cintamu dengan mencintai duniawi...
tapi, laburkan cintamu dengan menyintai Ilahi...♥

Allah telah lama menyayangi dan mengasihi hambaNya...
Cintailah DIA yang sentiasa menyayangi dan mengasihi kita...;-)

Cinta memang sangat berharga... nilai cinta itu terlalu tinggi...
apatah lagi kalau kamu mencintai Ilahi...
tidakkah kamu ingin menerima cinta dari Ilahi...
ayuh! dekatkan dirimu dengan Ilahi... ♥ ALLAH ♥

biarpun keresahan, namun jangan biarkan keresahan itu berpanjangan...
mengingatiMu, memberi ketenangan dalam jiwa...
Syukur adaMu bersamaku...;-)
♥ Allah...
tiada nafas terhela reda tanpa kasihMu...♥


Kau sahaja mendengar luahan hatiku...
Kau sahaja meredakan keresahan hatiku...
Ketenangan aku hadir dari kasihMu... syukur Ya Allah...;-)
Love Allah...♥...;-)

Tenang hati... Alhamdulillah...;-)
Allah bijak merancang...;-)
SubhanAllah...;-)

Sejauh mana kamu pergi, sejauh mana kamu mengelak...
kalau kamu jodohku, kamu tidak akan pernah jauh dari hatiku...♥
"Beramallah dan serahkan hasilnya pada Allah"
berusahalah, jangan putus asa...;-)
'berusaha' adalah untuk mendapat redha Allah, bukan dapat apa yang kita inginkan... keinginan kita akan tercapai jika mendapat redha Allah...;-)
"bertawakallah kepada Allah, bukan bertawakal kepada kemampuan usaha sendiri"
walaupun kamu tidak yakin pada diri sendiri bertawakallah kepada Allah...
andai anda yakin pada diri sendiri anda mungkin tidak bertawakal kepada Allah...

kadang2 ader yang dah lepas kita sering teringat...
susah sangat nak lupakan yang dah lepas tu...
xpelah kalau xbleh lupakan...
tapi, jgn sampai burukkan keadaan sekarang...
kerana keadaan sekarang adalah saat yang paling istimewa... kerana,
sekarang diberi peluang untuk melihat yang lepas sebagai pengajaran...
sekarang juga diberi pilihan untuk membuat yang terbaik kelak... ♥ jangan kerana yang dah lepas, menjadi kita lupa peluang yang akan datang... siapa tahu ada yang terbaik menanti dihadapan... Allah kan ada ♥
Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat. Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik, lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik.
Tahniah kepada yang sudah berubah...;-)
...
Sebagai umat kita mesti bersangka baik sesama insan...
jika dia tidak menutup aurat... berdoalah untuknya...
mungkin dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik... kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya untuk menutup aurat.
memang kita sentiasa memilih dan mencari yang terbaik untuk kita...
tetapi...
kita sering terlupa Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk hambanya...·Ù •● ♥Jika kita memandang semua perkara datang dari ALLAH, maka tenanglah hati. Kerana Dia-lah yang menciptakan cinta dan merangkai makna cinta agar selalu bersemi indah keranaNya. Jika kita memandang semua kejadian ini atas ketentuan-Nya, maka damailah hati. Kerana Dialah yang menghendaki siapa yang diuji dan tegar menjalani ujian hati dariNya... ♥ ●•Ù ·

Syukur Alhamdulillah...;-) hanya Allah yang tahu bertapa syukurnya aku dengan rahmat dan KasihNya terhadap hambaNya... memang itu harapan yang menjadi impian aku... Insya'Allah kita semua menjadi hamba yang bertakwa, soleh solehah... mudah-mudahan hidayah Allah sentiasa kita terima... dan kita semua sentiasa dalam rahmatNya...;-)

"Apabila aku berdebar.. Aku tau, aku dalam kerisauan... Apabila aku menarik nafas sedalam2nya... Aku tau, aku ingin mencari ketenangan... Apabila aku beristifar... Aku tau, hanya Allah sahaja tempat aku minta pertolongan..."

''i will face the death... we are following the fate... especially death.. the death is the last destiny... how are you after death? where are you after death? this is the thing we have think bout it before it's too late...!''

"Jangan biar kn kecantikan itu dibakar mahupun terbakar... Hiaskan kecantikan itu untuk menjadi BIDADARI menawan di syurga...:-)"

"Kegembiraan, kebahagiaan, keseronokan adalah sesuatu yg sangat indah... Tp ia hanya sementara, ingin ia berkekalan..? Pilih lah syurga nya..."

"boleh ker aku ke syurga... TIDAK..! kerana aku melakukan dosa... boleh ker aku berubah... BOLEH..! kerana Allah bersamaku..."

"Allah menyayangi hambanya... Allah x pernah lupa hambanya... Allah x mahu hambanya lalai... Allah sentiasa membantu hambanya..."


"ketika kau melakukan sesuatu, lalu hatimu menjadi tenteram, jiwamu menjadi tenang dan kau x takut apa yg kau lakukan itu diketahui org lain, maka teruskanlah... kerana kau sedang membuat pahala..."

"dalam duka, perlu mencari kegembiraan... walau sukar untuk ketemu kegembiraan itu... tapi pasti gembira apabila ada KEIKHLASAN untuk menerima segala ketentuannya..."

"Andai aku dalam kegelapan... KAU terangilah dengan nurMU 'cahaya keimanan'..."

"Aku hambamu yg hina, yg tidak menginsafi kesalahanku... adakah aku perlu dihukum baru bertaubat? Allah, berikan hidayahmu padaku... agar aku tidak terus melakukan dosa..."

"permudahkan jalan ku ini... jika perjalanan ini menyeksakan, kurangkan kesakitannya... mudah2an dengan kesakitan yang berbaki ini menghapuskan dosa kecilku..."

"apabila sahabat dalam kesusahan... berkongsilah kesusahan bersama... mendoakanlah yang terbaik... doa seorang sahabat amat tinggi nilainya... Subahanallah..."

"mendoakan yang lebih baik adalah yang paling terbaik.." smile..;-)

"Sekali kamu membenci seseorang... ia akan terus mengalir keseluruh darah kamu... Sehinggakan, walau memandangnya sahaja, sudah timbul perasaan benci... Sesungguhnya yang mengalir diseluruh darah kamu itu adalah syaitan yang ingin merosakkan silaturahim sesama insan..."

"Mmg benar iblis dan syaitan dirantai oleh Allah, namun ada makhluk Allah dr golongan ini yg t'sngt degil.. Biarpun telah dirantai, masih lg mahu menghasut manusia.. Makhluk itu adalah NAFSU..!"

Islam itu indah... Islam memberi banyak keindahan dalam kehidupan... Indahnya hidup apabila kita hidup berlandaskan cara hidup Islam... banyak keindahan2 yang kita tidak sedari... dalam nas ada keindahan... dalam hadis ada keindahan... dalam perhubungan ada keindahan... menjadi soleh solehah ada keindahan... bersabar, bertawakal ada keindahan... dalam kesulitan juga ada keindahan... dalam tekanan ada juga keindahan... keindahan-keindahan inilah yang ingin dikongsi... agar kita gembira dan bertuah kerana dilahirkan dengan NUR ISLAM...


PERCINTAAN

Jika kamu mencintai seseorang, cintailah dia sepenuh hati kamu… agar dia juga mencintai kamu sepenuh hatinya… cinta yang ikhlas akan ada hasil yang baik dari Allah… setialah kamu dalam mencintai seseorang… jika dia bukan cinta kamu pasti ada petunjuk dari Allah… Bersabarlah dalam mencari cinta sejati… kerana hasil kesabaran besar nikmatnya…

Cinta kadang-kadang tumbuh dengan sendirinya… membuatkan kita seperti ingin menghapuskan perasaan cinta itu… tetapi kita tidak berdaya… kerana bukan kita yang menumbuhkan cinta tersebut , tetapi hadir dari rabb-Nya yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang berkehendak atas segala perasaan itu…

"Bila dua diri mencintai ilahi.. bergabunglah jiwa, bersatulah hati.. dua jiwa, satu cinta.. dua jasad, satu matlamat.. bila cinta krn Allah, berpisahnya tidak gelisah.. bila rindunya kerana yg satu, bertemunya pasti x jemu.. ukhuwa terindah, bertemu dan berpisah krn Allah..."

"kasih sayang itu adalah suatu yang percuma, tetapi menjadi sangat ternilai jika kasih sayang itu dilakukan dengan keikhlasan..."

"Cinta kerana Allah.. bertemu tidak jemu.. berpisah tidak gelisah.. harap selepas percintaan lalu.. akan bertemu percintaan yang tidak jemu.. kekal bersama hingga akhir hayat.. malah bahagia hingga ke syurga... Aku berserah kepadamu ya Allah..."

''Cinta kerana Allah.. Bertemu tak akan jemu... Berpisah tak akan gelisah... Aku bisa melepaskanmu... tak akan bisa melupakanmu... Carilah kebahagiaanmu... Andai cintaku setia untukmu... Pasti aku menantikanmu... Andai kau untukku.. Kita pasti bersatu dlm ikatan penuh keikhlasan... Pergi lah...:-)''

"Jgn ditanya kenapa sy syg awk.. Kerana sy tiada jwpn nya... Yang sy tau, sy memang syg awk.. Dan itu takdir Allah untuk sy jth cinta pd awk.. Andai t'putus di tengah jalan, itu juga takdir Allah.. Tp doa sy x kan putus untuk awk... Yg sy mahu, awk jd wanita yg soleha... Bahagia dunia akhirat..;-)"

''Aku sangat2 sayangkan kau.. Tp, aku belum bersedia untuk bercinta.. Kerana aku tidak mengharap menjadi kekasihmu, tp sangat berharap kau menjadi isteri ku... Menemani aku di dunia ini sehingga akhir hayatku.. Malah sangat2 berharap kau menjadi bidadariku di syurga.. kerana cintaku, sayangku padamu tiada penghujung.''

kadang2 kita tidak mengetahui kenapa kita menyayangi seseorang itu...
yakinlah... sayang itu adalah hadir dari Rabb-Nya yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang... syukurilah dengan rahmatNya itu... kerana ia membuat kita menyayangi seseorang itu... dan sayang itu membuat kita sering mendoakannya... berdoalah kebaikan dan kebahagian untuknya biarpun dia bukan milik kita...;-)
 "cintailah dia kerana kamu mencintai Allah"


Rasa rindu hadir dariNya, Membuatkan aku sering mengingatimu...
Rindu ini membawa kau dalam setiap doaku...
Agar kau sentiasa dalam lindungaNya, Agar kau sentiasa dalam rahmatNya.

APABILA ALLAH SUDAH BERKEHENDAK, BAGAIMANA HENDAK AKU MENOLAK
Allah mengetahui bertapa aku menyayangi dia, mudah-mudahan dia menyayangi aku sebagaimana aku menyayanginya… Allah juga mengetahui bertapa aku redha dengan ketentuanNya, mudah-mudahan dia bertemu dengan lelaki yang boleh membawanya kesyurgaNya…
Aku juga mengetahui yang Allah sentiasa mendengar doa dan suara hati hambaNya...
andai dia memang diciptakan untuk aku, mudah-mudahan Allah permudahkan aku membimbingnya ke syurgaNya dan Allah permudahkan aku membimbing zuriat kami ke syurgaNya…
( Munajat SyurgaHati )


bila isteri marah, suami diam jer dulu... biar isteri melepaskan kemarahannya...
jangan marahkan isteri, tetapi hampiri isteri, genggam jemari isteri, padanglah matanya, tatapi wajahnya dan ucaplah dengan lembut...
"Jangan buat saya marah tau... saya takut hilaaang perasaan sayang saya kat awak... luv u sayang..." kemudian kucuplah dahi isteri...
INGAT...!
jangan marahi isteri, tetapi sayangi isteri...
jangan sakiti isteri, tetapi hargai isteri...


Jika namamu yang tertulis di Lauhul Mahfuzd untuk diriku, percayalah rasa cinta yang kita rasai adalah kerana Allah telah tanamkan perasaan itu dalam hati kita...
Biarlah aku memperbaiki diriku dahulu sebelum aku membimbingmu... Cinta ini xkan hilang selagi kau tertulis dalam takdir jodohku... yakinilah, sayang aku, cinta aku padamu xkan pernah berkurang malah sentiasa subur dihati dan perasaanku... akan aku meniti hari-hari aku dengan berdoa untukmu sebagai tanda kasih dan rinduku padamu... biar aku mencari redha Ilahi sebelum cinta kita diredhaiNya...

IBU

"ku lihat ibuku tidur dgn enak sekali... penat rupanya ibuku hari ini... kerana terlalu asik melihat ibuku tidur, terlintas dibenak fikiranku... andai ini tidurmu selamanya... .... ....
jangan ibu... jangan... anakmu ini belum puas bersama mu... anak ini belum sempat berjasa padamu ibu..."



KEHIDUPAN

"Setiap perkara pasti ada akhirnya... kegembiran tadi kini telah berakhir... itu lumrah kehidupan... pengindah hidup yang penuh pancaroba... KITA PERLU SEDIA MENGHADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN...;-)"

"hidup bukan mudah... ader cabaran yg sentiasa menanti... terpulang kepada kita untuk mengawal, menghadapi cabaran yg diberi... KITA BUKAN LEMAH..;-) kita berakal... yang paling istimewa... ALLAH BERSAMA KITA...;-)"

"Percaya kepada qada' dan qadar... Sbgi hamba Allah kite kene hadapi semua ketentuan Nya.. dan percaya semua yg b'laku telah ditetapkan Nya...;-)"

"kehidupan ini adalah satu perjalanan... perjalanan yang penuh dengan persimpangan... persimpangan yang perlu ditentukan... persimpangan yang menjadi pilihan... menuju ke arah kebaikan atau ke arah keburukan... jangan tersilap membuat pilihan... pilihlah berlandasankan keimanan... kerana setiap persimpangan menberi satu permulaan..."

••► Jadilah HAWA yang TINGGI dengan DIDIKAN AGAMA, merendah diri dengan AKHLAK TERPUJI dan BAIK HATI..
••► Jadilah hawa yang MENJAGA AURAT dan MARUAH DIRI dari sewenang-wenangnya dilihat AJNABI..
••► Jadilah hawa yang sentiasa HAUS akan ILMU NASIHAT dan TEGURAN sebagai persiapan menjadi HAWA YANG SOLEHAH untuk seseorang yang SAH bergelar SUAMI..
••► Jadilah juga seorang hawa yang mampu menjadi ANAK, IBU DAN ISTERI yang SOLEHAH serta HAMBA ALLAH yang BERIMAN dan BERTAQWA seperti yang diidamkan oleh ADAM..(◠‿◠✿)


BERUSAHA BERJAYA

"berlari, terus berlari... berlari mengejar kemenangan, berlari menuju kejayaan... biar penat kamu berlari... biar payah mengerah tenaga... dihujung larian, pasti ada kejayaa... berusaha, terus berusaha... kerana kejayaan berlandaskan usaha... jangan gundah, jangan resah... kerana kejayaan pasti terserlah..."


MENCARI KETENANGAN

"desiran ombak memukul pantai, terdengar sayup desiran air... angin bayu melanda pantai, terasa tenang di dalam hati... nun jauh matahari menyepi, memberi ruang pada si bulan... senja kian merangkak pergi, malam kian menjelma diri... kicauan burung memecah sepi, menceriakan suasana ini... indah sungguh ciptaan ilahi, menjadi penenang di jiwa ini...."

"Sayup melihat matahari meningalkan siang... Berubahlah dari keindahan senja ke kemalapan malam... Mujur ada sinaran bulan, dari kemalapan menjadi keindahan..."

"Apabila kite melihat sesuatu yg sgt indah... Terasa kelu lidah... Jiwa yg resah menjadi selesa.. Indahnya... Tenangnya... wajah keayuan bidadari... Di mana keindahan ini jika bukan di syurga... Di hias bidadari pengubat jiwa..."


Tenang hati ini kerana engkau sentiasa bersamaku...
Resah hati ini kerana aku rasa engkau jauh dariku...
Engkau bersamaku bila aku sentiasa mengingatimu...
Engkau masih bersamaku walau aku jauh darimu...
Sesungguhnya Engkau sentiasa menyayangi hambaMu...
Hanya kami hambaMu yang sentiasa lalai mengingatiMu...
sahabat... jangan jauhkah dirimu dariNya...
berdoalah selalu, kerana saat itu kamu merasa hampir padaNya...
tenangkan jiwamu, agar resah meninggalkanmu, lalu meraih rahmatNya...

TABAHKAN HATIMU...

"biar melimpah, biar bertambah, biar berganda masalah yang malanda... kita harus tabah, kita harus pasrah, menerima ujian Allah... kerana itu permainan duniawi, kerana itu tanda dikasihi... kerana Allah maha mengetahui... bukan untuk diseksa, bukan untuk dianiaya, tetapi bekalan akhirat semata... sebagai rahmat dari yang esa... memberi pahala tanpa sedari.... jangan jadi hamba yang rugi... ingatlah... setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya... tidak merugikan tetapi punya harga tersendiri..."

"biarpun demam... jgn diikutkan sangat... biarpun pening... jgn kalah, jgn lemah... kesakitan ini seketika sahaja... terus perjuangan... perjalananku masih jauh lg...;-)"

FIKIRKAN...

"Pernah anda terasa tiba2 sering teringat pd sidia... Jika ada mungkin itu yg kamu cintai, yg kamu sayangi... Tetapi, adakah itu cinta sejati, yg kekalslamanya..? Aku masih memikirkanya... Benarkah dia milikku slamanya..? mungkin tidak... wa Allahu a'lam..."
-It's not mean anything... but, just 4 thinking... Adakah dia yg Allah tetapkn utk kita...? Tidak semestinya yg t'baik utk kita adalah baik pd Allah... Fikir2 kn lah...;-)

"Sabar menerima + Ikhlas memberi = ???"

"Jangan kerna cinta menjadi gila... Biar kerna cinta menjadi setia...;-)"

"Biar cinta kerana sayang... Jangan cinta kerana nafsu..."

Thursday, February 18, 2010

MAAFKAN AKU...

Ibarat pungguk rindukan bulan,
Mengharap kasih seorang teman,
Tapi sedar tidak kesesuaian,
Ini permainan sebuah perasaan,

Maafkan aku dengan sikapku,
Terus mengharap kasihmu,
Walau sedar kau tak sudi,
Tapi aku sabar menanti,

Tak mampu aku mengundur diri,
Kerana engkau amat ku sayangi,
Maafkan diriku ini,
Kerana engkau amat ku cintai,

Maaf aku ingin meminta,
Jangan engkau menolak cinta,
Ku tak sanggup kehilanganmu,
Kerana engkau sering ku rindu,

Ku sedar siapa diri ini,
Tidak layak untuk kau cintai,
Bukan aku tidak mengerti,
Jawapan engkau ku nanti,

Sebelum engkau menolakku
Izinkan aku memberi tahu,
Engkau adalah bidadariku,
Aku amat menghargaimu,

Maafkan aku wahai bidadariku,
Kerana terlalu mencintaimu,
Kerana terlalu manyintaimu,
Ku tak sanggup kehilanganmu,

Maafkan aku wahai bidadariku…..

Tuesday, February 16, 2010

13 FEBRUARI 2010 yang tragis...

Tragis… tragis… tragis…

kita telah digemparkan dengan berita yang amat menyedihkan… kesedihan yang tidak dapat dibendung…
mengalir air mata menyaksikan kekejaman… kekejaman yang sangat nyata…….

Apalah dosanya…….. dia dibakar… dia dibuang… siapa yang dibakar? Siapa yang dibuang?...
dia adalah seorang bayi yang kecil… bayi yang tak berdosa…
bayi yang baru hendak melihat dunia….
Kekejaman jenis apakah ini…?
Adakah zaman jahilliyyah telah kembali?
Membunuh bayi yang baru lahir… kesihan si bayi…...,
9 bulan di dalam kurungan kandungan, apabila bebas dia dibunuh!
Tak sempat melihat dunia… tak sempat mendamba kasih sayang seorang ibu…
bayi ini tidak mahu apa-apa… dia hanya mahu dibelai… dia hanya mahu disayangi…
di dalam kandungan dia tertanya-tanya… siapakah yang akan menjaganya…? siapakah yang akan membelainya…? Tidak sabar rasanya hendak melihat dunia…

tetapi..

sejurus keluar dari kandungan, dia dibunuh, dia dibakar, dia dibuang… hancur impiannya…
apakah perasaan si bayi..? hinakah si bayi di dunia ini… sehingga diperlaku sebegitu…
TIDAK! Mereka yang melakukan pada bayi itu yang hina…
dia membakar bayi dengan api yang kecil… tahukah dia, dia akan dibakar dengan api yang berlipat kali ganda di neraka kelak…

na’uzubillah…

berikanlah hidayah kepada mereka Ya Allah...

Titian Kasih Insan Kamil

Di kala kesepian,
Aku sering kesunyian,
Dan hadir pertanyaan,
Dalam mencari percintaan,

Adakah aku ada keberanian,
Adakah aku punya kekuatan,
Adakah hadir keyakinan,
Untuk meluahkan perasaan,

Kiranya aku luahkan,
Adakah itu berlandaskan fikiran,
Atau asakan perasaan,
Ataupun mengikut tuntutan,

Sudikah dia mengisi kekosongan,
Adakah dia punya pilihan,
Ini semua adalah persoalan,
Persoalan insan yang punya perasaan,

Sungguh aku dalam kesepian,
Ingin mencari seorang teman,
Sebagai bidadari di laman,
Penceria sepanjang zaman.

Saturday, January 30, 2010

perempuan dalam BAHAYA!!

Hai terkejut dengan kenyataan aku ni?

Betul... perempuan dalam bahaya skang ni...
tu pasal aku kadang2 risau dengan orang perempuan zaman skang ni...
terutama adik beradik aku n sahabat-sahabat aku ni.. risau sangat2 lagi2 kalau bersendirian... bimbang kalau2 terpedaya dengan lelaki yang berhidung belang dan lagi teruk kalau menjadi mangsa rogol atau bunuh...

na’uzubillah ya Allah...

jauhkanlah adik beradik n sahabat2 aku dari perkara yang tidak diingini...

sepanjang aku menganggur (dulu r) sampai la ni..., aku x pernah miss baca paper... hari2 buka paper selalu kuar cerita2 yang tragis ni... kenapa r dunia sekang ni macam ni? Manalah hilangnya sifat kemanusia... yang jadi mangsa perempuan lah... binawe punya lelaki... selalu je amik kesempatan kepada perempuan yang lemah... lelaki jenis ape r ni.... x patut lelaki macam ni hidup kat dunia ni.. mati lagi bagus...!

bagi kaum perempuan, kalau keluar tu biarlah dengan member, jangan bersendirian terutamanya bila korang jalan jauh atau pun kuar malam... bawa lah member kalau pi mana2 lagi2 kalau jauh ngan family...

INGATLAH! lelaki akan cuba amik kesempatan kalau ade peluang...

aku sebagai lelaki tau sangat sikap lelaki ni... tu pasal aku cuba nak bagitau n nasihatkan kat kaum perempuan yang sememangnya sahabat2 yang aku hargai n x salah kalau aku cakap aku sayangkan korang sume.. tetapi.. sayang sebagai sahabat r... dan lebih afdal atau lebih baik kalau selalu berdoa minta perlindungan dari Allah setiap kali korang hendak keluar... mudah2an korang selamat dibawah perlindungan Allah S.W.T.