Monday, May 17, 2010

SEBELUM AKHIRAT

sebelum akhirat adalah sebuah cerita yang menyedarkan aku sesuatu yang aku x sedar... semasa babak mubarak di kebumikan, lantas aku katakan "memang layak kau dihukum sebegitu, kau derhaka pada ibubapa, kau merosakan perempuan" tetapi bagi orang yang beriman pasti katakan "ya Allah, permudahkanlah urusan pengkebumian ini, ampuni dosanya ya Allah" di sini lah aku sedar di mana imanku, sediakah aku untuk bertemu dengan ilahi... layakkah aku untuk menghukum orang... dan aku terus tonton, sesungguhnya kemaafan itu sangat tinggi nilainya... lihat sahaja semasa noridah dan ibubapa mubarak memaafkan mubarak... dosa yang sentiasa mendampingi mubarak semasa sakaratulmaut meraung dan terus lenyap... sesungguhnya Allah telah memaafkan dosanya... siapalah kita untuk menghukum seseorang sebelum Allah menghukumnya....

di slot yang lain, aku terkejut dengan tindakan noridah yang ke kota untuk mencari duit dengan cara yang salah untuk membiayai perbelanjaan pembedahan ibunya, selepas dirinya kotor... tetapi Allah maha penyayang, belum sempat noridah menggunakan duit yang kotor itu, Allah telah mengambil nyawa ibunya... sia-sia bukan tindakan noridah tu? di sinilah sahabat2 aku, terutama perempuan... jangan biarkan diri yang kotor terus kotor... insafilah... jangan... jangan sesekali merosakkan diri... jagalah maruah diri... jika ada lelaki bergaya, berharta... telitikan dulu akhlaknya... jangan mudah merelakan diri... jangan mudah menyerah diri...

No comments:

Post a Comment