Saturday, June 25, 2011

Pancaran Iman

Iman ada di dalam hati...
Ramai yang tidak suka orang lain mempertikaikan
penampilan, akhlak dan cara hidup mereka...

mereka berkata...

"tidak semestinya aku tidak beriman jika...
berpakaian mendedahkan aurat,
berkelakuan tidak senonoh dan
kurang beribadat...
yang penting aku sendiri tahu kalau aku orang beriman...
takkan hendak menunjuk-nunjuk...?"

itu kata mereka...

tahukah mereka...

sedihnya Nabi Muhammad S.A.W.
melihat perilaku umatnya yang sebegini...

benar iman tidak perlu ditumjuk-tunjuk...
tetapi...
jika benar seseorang itu beriman...
dengan sendirinya iman itu akan terpancar
melalui tingkah laku, akhlak dan penampilanya...

Saturday, June 18, 2011

Untukmu Gadis

Gadis...
Kau cantik pada pandangan
Lahirmu menjadi permata
Belahan jiwa ayah bonda

Gadis...
Tika kau memandang dunia indah
Kau hiburkan jiwa raga
Hingga hampir ternoda

Gadis...
Berhiburlah seadanya
Kerana dunia persinggahan cuma
Pelabuhan sementara buat perantau
Yang duduk melepaskan lelah
Menyediakan bekal, menyemai benih
Kemudian berlepas pergi
Ke alam abadi persinggahan abadi

Gadis...
Duniamu indah
Namun usah kau terpedaya jauh
Lalu membiarkan dirimu
Menjadi habuan nafsu bermaharaja
Pergunakan akan dan hati untuk berfikir
Mata dan telinga untuk berwaspada
Kutiplah sebanyak-banyak bekalan amal
Untuk persingahan abadi
Persinggahan yang maha indah, maha segala
Itulah syurgaNya

Saturday, June 4, 2011

Impianmu Impianku

Impianmu adalah impianku juga,
Kau dengan niat sucimu,
Aku dengaan harapanku,
Kita bersama mengharap redahNya.

Niatmu menjadi solehah,
Harapanku melihat kau solehah,
Niatmu menjadi harapanku,
Dan Dia sentiasa merahmatinya.

Niatmu adalah terbaik untukmu,
Kerana itu adalah tanda kasihNya,
Terdetik dihatimu menjadi solehah,
Bermulalah hidupmu dalam redhaNya.

Ikhlaskan hatimu menjadi solehah,
Tetapkan niat dihatimu wahai teman,
Agar kau kukuh dengan impianmu,
Kerana impianmu jaminan syurgamu.

Rindu Yang Membisik

Rindu yang membisik,
Sering menganggu hariku,
Rindu ini hadir tanpa ku pinta,
Hadir di setiap waktuku.

Kau sentisa segar diingatan,
Aku sering teringat akan dirimu,
Inginku tahu setiap khabarmu,
Namun ku tahu aku bukan siapa.

Maaf aku tidak mampu mengelak,
Bisikkan rindu sering menganggu,
Maaf aku sering merinduimu,
Aku sedar bukan aku cintamu.

Bisikkan rindu hadir dariNya,
Membawa kau dalam doaku,
Agar kau dalam lindunganya,
Agar kau dalam rahmatnya.

Masa Berlalu Dalam Kasih Sayang

Aku mengibau saat aku membesar...

Dikala kecilku setapak tangan,
Aku menangis siang dan malam,
Ibuku ayahku sabar melayanku,

Dikala aku mengenal kaki,
aku berlari ke sana ke sini,
Ayahku ibuku lelah melayanku,

Bila aku mengenal kawan,
Aku sibuk bersama temanku,
Aku lupa sabar dan lelah ibuku ayahku,
Aku tidak sedar kasih ibuku,
Hari-hari aku dimarah ibuku,
Aku tidak sedar susah payah ayahku,
Hari-hari aku tidak melihat ayahku,

Masa berlalu...

Kini aku membesar,
ruoanya...

Ayahku payah mencari rezeki,
Ibuku resah makan minumku,
Ayahku ibuku mengajar aku,
Cara Hidup yang sederhana,
Lelah payah ayahku tidak ditunjukkan,
Risau resah ibuku tidak ditunjukkan,
Kasih sayang mereka melindung segalanya,
Ayah Ibu aku menyayangimu.