Saturday, December 4, 2010

TEMPAH TEMPATMU DI SYURGA

Kau memang cantik, sejuk mata memandang…

Maha Suci Allah… Allah menjadikan kau sungguh indah…

 ingin aku melihat keindahan ini selamanya di syurga…

 jadilah wanita solehah…

tempah tempatmu di syurga wahai insan yang paling aku sayang dunia akhirat…

 (inginku letak namamu di sini, tapi itu rahsia cintaku)

biarlah 20/09/2009, 1 syawal 1430h

menjadi saksi pertama kali aku memberitahu yang aku ada hati pada kau…

walaupun sekadar SMS ia adalah luahan aku padamu dari hati kecilku…

demi Allah, aku benar-benar cinta dan sayang pada kau…

aku juga sedar yang kau tak pernah menyayangiku dan menyintaiku…

andai itu benar, ingin aku nyatakan…

tak perlu terima cintaku… tak perlu menjadi kekasihku…

apa yang aku mahu…

 jadilah mukminah, orang-orang yang beriman...

tempah tempatmu di syurga…

izinkan aku melihat keredupan wajahmu di syurga…

jadilah bidadari syurga…

jangan dekati neraka, kau disentuh api pun aku tak rela…

kerana aku sangat sayangkanmu…

andai aku imammu...

akan aku menempah syurga untukmu...

aku akan cuba membimbingmu ke syurgaNya...

kerana cintaku tidak mahu kehilanganmu di syurgaNya...

mudah-mudahan kita menjadi hambaNya yang soleh solehah...






TEMPAH TEMPATMU DI SYURGA” (by Mohd  Elyas)

No comments:

Post a Comment