Wednesday, October 20, 2010

Notes Aku Buat Tersayang

Insan yang pernah aku lafazkan ‘sayang sangat-sangat’ padanya adalah insan yang paling aku sayang..;-)

Ketahuilah sayang ini sentiasa terpahat di hati biarpun dia bukan untuk aku… kerana perasaan sayang ini sangat hebat untuk dia…;-)

Jika ada insan lain di hati dia dan mampu bahagiakan dia, pergilah… jangan gusar tentang aku… kerana sayang aku adalah untuk melihat dia bahagia…;-)

Dari jauh pasti aku akan sentiasa doakan kebahagiaan dia, aku ingin dia kekal bahagia… inilah tanda cinta dan sayang aku pada dia yang tiada penghujung…;-)

Andai ada insan lain yang terpahat di hati ini, dia tetap aku sayang… akan aku beri tahu kepadanya ada insan lain yang paling aku sayang sebelum kehadirannya… dan satu pesanku padanya… ‘jika awak isteri saya, awaklah yang pertama dalam hidup saya… sayang saya adalah untuk isteri tercinta’;-)

Dia tetap aku ingati, kerana sayang aku pada dia tiada penghujung… namun isteriku tetap yang pertama… dan aku amat berharap DIA ISTERIKU… kerana aku berharap hanya dia yg aku sayang, hanya dia pertama dalam hidup aku…;-)

Sudikah dia menerima cintaku, menjadi isteriku, menemani hidupku, menyerikan syurgaku di akhirat, menjadi bidadari aku… kerana sayangku untuknya tiada penghujung…;-)

Hanya Kau Yang Satu.



No comments:

Post a Comment