Saturday, October 2, 2010

Hakikat Cinta Di Hati Wanita

Kasih bertakhta di hati wanita, sukar diluahkan dengan kata-kata, walaupun kesetiaan, kepercayaan serta kasih dikhianati oleh pasangannya, cinta dan kasih akan terus mekar di dalam sanubarinya.

Wanita boleh memberikan 100% komitmen dan cinta kepada pasangannya, kerana...
Wanita meletakan cinta pada tahap yang amat tinggi, malah jika mendirikan rumahtangga, komitmen diberikan cukup tinggi diberikan kepada pasangannya. Sifat atau perangai wanita ketika bercinta juga tidak banyak berubah apabila mendirikan rumahtangga.

Kuasa cinta isteri tetap utuh, sabar menerima keadaan suami, dengan harapan suatu hari nanti suami dicintai akan berubah. Melainkan apabila isteri tidak sanggup untuk terjun ke neraka bersama-sama suaminya itu.

Fitrah wanita, apabila  berumahtangga atau bercinta, mereka cenderung percaya 100% kepada pasangannya hingga tidak memberikan sedikitpun ruang dalam hatinya pada orang lain dan perasaan itu lebih lagi dikalangan isteri yang kuat pegangan agama dan tahu dosa serta pahala kerana berpegang kepada ‘syurga di tapak kaki suami’.

Apabila pasangannya berubah, ia tidak begitu menyebabkan isteri cepat terasa dengan perubahan pasangannya, tetapi keadaan itu menjadikan isteri menderita dalam diam kerana isteri menganggap cinta itu terlalu suci dan agung...
Sikap lembut dan penyabar dan sering beralah kaum hawa menyebabkan mereka sebenarnya menderita dalam diam kerana tidak mahu dianggap derhaka dan tidak setia kepada pasangnya.

Cinta kadang-kadang menyebabkan wanita ‘buta mata, buta hati’, cinta yang seharusnya indah, namun ada wanita yang tegar mempertahankan cintanya walaupun mereka hakikatnya menderita. Itulah hakikat cinta seorang wanita

No comments:

Post a Comment