Tuesday, December 28, 2010

CIRI-CIRI SUAMI IDAMAN

Setiap isteri suka apabila suami pandai mempamerkan cintanya. Sikap romantik seorang suami terhadap isteri adalah sifat yang digalakkan dalam islam. Itulah penyubur kasih sayang antara suami dengan isteri.


Carilah yang bertakwa

Suami idaman yang bertakwa akan menjaga pandangannya, menjaga kehormatannya, memelihara kerukunan rumah tangga dan mengelakkan maksiat.

Firman Allah :
“katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereke kerjakan.”
(Surah al-Nur 24:30)

Kelebihan suami yang bertakwa
  • Tidak mensia-siakan isterinya.
  • Membimbing isterinya ke jalan yang di redhai.
  • Menghormati isteri apabila dia mencintainya, dan tidak memudaratkan tubuh isteri apabila dia membencinya.
  • Menjadi banteng kehidupan isteri apabila dalam kesusahan dan sentiasa berkongsi kegembiraan dan kesenangan.
  • Sentiasa mendoakan isteri dan anak-anak.
  • Berkelakuan baik terhadap ahli keluarganya dan keluarga isterinya.


Carilah yang memimpin isteri dan keluarga.

Firman Allah :
“kaum lelaki itu adalah pemimpin terhadap kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka daripada sebahagian yang lain”
(surah al-Nisa’ 4:34)

Suami yang memimpin sentiasa memberi bimbingan kepada isteri dan seluruh ahli keluarganya agar tidak terjurumus dalam lembah kejahilan.


Carilah yang bersifat penyayang

Suami yang menjadi idaman isteri ialah suami yang sentiasa memberi tumpuan kepada keluarga berbanding urusannya di luar rumah.

Seorang isteri amat mendabakan kasih sayang daripada suaminya.

“suami ibarat matahari, memberi cahaya dan kehangatan…
isteri ibarat bulan, cantik lembut dan indah dipandang…”

Firman Allah :
“… dan gaulilah mereka dengan cara yang baik.” (surah al-Nisa’ 4:19)

Hadis Rasulullah s.a.w :
“sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik kepada isterinya, dan aku ialah orang yang paling baik terhadap isteriku.”
(hadis daripada al-Tabarani dan al-Tamizi)


Carilah yang memahami.

Suami yang memahami mengambil kira faktor kejiwaan apabila berhadapan dengan isteri dengan menyelami cita rasa dan mengambil tahu perasaan isteri.

Suami tidak sewajarnya mengharapkan isteri memahami sikapnya, sebaliknya suami hendaklah terlebih dahulu memahami sikap isterinya.


Carilah yang romantis.

Sikap romantis lahir daripada hati yang penuh dengan kasih sayang. Sikap ini adalah manifestasi daripada akhlak mulia yang terpancar melalui percakapan dan perbuatan sehari-hari.

Petua mengekalkan sifat romantis
  • Isteri hendaklah bijak menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana yang romantik. Apabila ini dapat dilakukan, suami akan sentiasa berasa gembira sehingga romantik yang ada dapat disuburkan.
  • Isteri hendaklah menjaga penampilan dihadapan suami dengan memakai pakaian yang menarik dan bau-bauan yang menyenangkan hati suami.
  • Usah malu menggunakan ungkapan-ungkapan cinta ketika berdua-duaan.
  • Di celah-celah kesibukan dengan kerjaya dan menguruskan rumahtanga, suami isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-dua tanpa gangguan anak dan cucu.
  • Pada ketika-ketika tertentu layangkan kad ucapan yang mengandungi kata-kata romantic yang penuh kasih sayang.
  • Sekiranya timbul sebarang masalah dalam hubungan suami isteri, hendaklah ditangani dengan segera masalah itu. Usah biarkan masalah itu berlarutan hingga lukanya berbekas dihati.

  • Memberi hadiah

Hadiah merupakan tanda kasih atau simbol kasih sayang suami terhadap isterinya.

Rasulullah s.a.w. amat menggalakan amalan memberi hadiah dalam rumah tangga kerana dengan cara ini kasih akan bertambah.

Isteri akan rasa dihargai kerana berasa khidmat dan pengorbanannya selama ini diiktiraf dan dihargai oleh suami.

  • Ringan tulang

Suami idaman mestilah berusaha membuat kebaikan pada isteri pada hari ini, kerana esok belum pasti.

Apabila suami isteri, kedua-duanya keluar bekerja, mereka berdua mestilah ringan tulang dalam urusan rumah tangga.

Suami perlu membantu isteri membersihkan rumah ketika isteri sedang sibuk memasak di dapur.

  • Bergurau senda

suami idaman yang romantis pandai mencari masa bergurau senda untuk mewujudkan suasana yang mesra dan hangat, tanpa gurau senda rumah tangga menjadi hambar dan tawar.

Gurau senda antara suami isteri akan menjadi ibadah kepada Allah dan diberi pahala jika dilakukan dengan niat untuk menggembirakan hati pasangan.

Rasulullah s.a.w. suka berjenaka tetapi baginda tidak berkata melainkan yang benar.

Rasulullah s.a.w.  bersabda :
“segala sesuatu selain zikir kepada Allah adalah permainan dan sia-sia kecuali empat keadaan; seorang suami yang bergurau senda dengan isterinya, seorang yang melatih kudanya, seseorang yang berjalan menuju antara dua sasaran, dan seorang yang berlatih berenang.”
(riwayat al-Nasa’i)


SKETSA KASIH SAYANG RASULULLAH S.A.W.

Rasulullah sentiasa berpegang tangan dengan isterinya semasa meraka berada di rumah

Kadangkala baginda memotong kuku isterinya, mandi junub bersama-sama dan

akan mengajak salah seorang daripada isteri baginda untuk musafir bersama-sama untuk mengeratkan ikatan kasih sayang.

Baginda juga memanggil isteri-isteri baginda dengan pangilan yang mesra dan menyenangkan.

 Panggilan terhadap isteri memainkan peranan penting dalam mengikat hati suami isteri.
 Panggilan manunjukan tahap kemesraan antara suami isteri.
 Seorang suami idaman seharusnya pandai memilih panggilan yang disukai oleh isteri.


No comments:

Post a Comment