Saturday, November 12, 2011

Hiasan Kasih Indah

Dia umpama rama-rama,
Terbang bebas ceriakan suasana,
Rama-rama yang sukar dihampiri,
Terbang bila cuba dihampiri,
Lalu menghinggapi bunga,
Mengecapi kemanisan bunga,
Andai aku bunga itu,
Akan kuberi keinginanmu,
Membiar kau merasai kenikmatan,
Akan kuelakan dari kehampaan,
Namun aku bukan bunga itu,
Aku hanya daun yang hijau.

Andai kau rama-rama itu,
Aku tidak akan menangkapmu,
Membiar kau bebas berterbangan,
Bebas mencari bunga kesukaan,
Berhati-hati apabila mencari,
Jangan sampai hujan membasahi,
Kerana air merosak sayapmu,
Izinkan aku memayungimu,
Maka jangan pernah menjauhiku,
Kerana aku ingin melindungimu,

Apabila menghinggapi bungamu,
Harap daun di atasmu,
Aku rela menjadi daun,
Daun yang melindung,
Melindung rama-rama dari kebasahan,
Ketika menikmati kemanisan,
Kemanisan bunga akan ke penghujungnya,
Perlindunganku tiada penghujungnya.

No comments:

Post a Comment