Saturday, March 26, 2011

Perhatian dan Perasaan Sayang

Wanita inginkan perhatian dan perasaan sayang,
Dari insan yang hadir dalam hidupnya.
Wanita berhati lembut dan mudah menangis…
Bukan meminta belas, tapi inginkan perhatian…
Lelaki fahamilah wanita… leburkan egomu…
Berikan perhatian dan rasa sayangmu kepadanya…

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi,
dia menjadi lemah, inginkan perhatianmu…

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya, hanya inginkan perasaan sayang darimu...

Lelaki, jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian...
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu,
Sayangilah wanita yang hadir dalam hidupmu…

Lelaki, jika seorang wanita menangis keranamu,
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Rasailah kesakitan kesedihan yang dia alami…

Wanita mana lagi yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..
Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan..
Dia menangis kerana dia menyayangimu…

Lelaki, rasailah tangisan kasihnya itu...
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya.

Lenturkan egomu…
Lafazkan maafmu…
Lembutkan hatimu…
Kerana wanita ingin disayangi…
Inginkan perhatianmu…
Menantikan kasihmu…
Jangan engkau persiakannya…
hulurkan perhatian dan perasaan sayangmu...

No comments:

Post a Comment