Saturday, October 22, 2011

Cinta Hadir Dalam Kewujudan Yang Lain

Dalam sebuah perhubungan, seseorang akan mulai rasa bosan apabila percintaan yang dahulu indah menjadi sesuatu yang menjemukan. Seorang wanita akan merindui saat-saat romantis dalam permulaan percintaan. Setelah sekian lama bercinta, kekasih hati tidak seromantis dahulu, apa yang wanita ini harapkan dari pasangannya tidak pernah diperolehi, maka percintaan ini merasakan sangat jemu. Akan terdetik di hati wanita untuk memutuskan hubungan dengan pasangannya.

Andai perkara ini berlaku kepada kamu… apakah yang kamu lakukan wahai wanita, wahai lelaki…?

Wanita akan terus memendam perasaan sehingga hubungan itu menjadi sungguh membosankan dan tiada akan hadir lagi cinta untuk lelaki itu. Andai ada kekuatan wanita itu meluahkan rasa bosannya dengan lelaki itu.

Lelaki akan terus membiarkan wanita itu memendam perasaannya, andai lelaki itu mengerti perasaan wanita itu pasti akan melakukan sesuatu yang diingini oleh wanita itu.

Wahai lelaki, andai wanita itu menginginkan bunga di atas puncak bukit yang curam dan membahayakan kamu, adakah kamu akan mengambil untuknya, walaupun kamu sedar kamu akan terkorban. Andakah kamu sanggup wahai lelaki. Demi cintamu buktikan yang kamu sanggup berkorban untuknya. Buktikan cinta kamu kepada wanita itu agar dia merasa yang kamu masih menyintainya seperti permulaan cinta dahulu. Agar cintanya terus kekal untuk kamu.

Wahai lelaki, Apakah kamu akan mengambil bunga itu untuknya…?

Andai kamu ambil bunga itu untuknya, kamu adalah lelaki yang sangat menyintai wanita itu… dan wanita itu adalah sangat bertuah kerana kamu sanggup berkorban untuknya.

Tetapi, andai kamu tidak sanggup berkorban untuk mengambil bunga itu, adakah kerana kamu tidak menyintainya…? Dan ini menyebabkan wanita itu meminta untuk memutuskan hubungan dengan kamu, kerana kamu tidak memenuhi kehendak cintanya… wanita itu sudah jemu dengan percintaan dengan kamu. Adakah benar wahai wanita…? Lelaki itu tidak berani berkorban untuk kamu, haruskah kamu ingin meneruskan hubungan percintaan dengan lelaki itu…?

Cinta hadir dalam kewujudan yang lain…

Wahai wanita, kalau aku katakan kau rugi memutuskan hubungan dengan lelaki itu… adakah kamu setuju wahai wanita…?

Wahai lelaki, kamu sebenarnya sangat sayang kepada wanita itu, kerana SAYANG dan CINTA kamu kepada wanita itu, kamu tidak sanggup untuk berkorban untuknya… kamu tidak akan mengambil bunga itu untuk mati… kamu tidak sanggup melihat air mata wanita itu meratapi kematian kamu… kerana KASIHmu, kamu ingin terus hidup dan membahagiakan wanita itu…

CINTA bukan segalanya…
tetapi, CINTA, SAYANG dan KASIH adalah segalanya…

No comments:

Post a Comment