Tuesday, October 9, 2012

Al-Fatihah Buat Sahabat

Bacalah surah Al-Fatihah untuk orang-orang yang kita sayang...
yang hidup ataupun yang telah tiada...

bagi yang telah tiada...
berniatlah untuk menyampaikan pahala bacaan Al-Fatihah itu kepada arwah...

bagi yang masih hidup...
Al-Fatihah adalah sebagai doa kita untuk mereka...
Al-Fatihah itu adalah sebuah doa...
doa untuk mohon pertolongan, doa untuk ditunjukkan jalan yang lurus...

Al-Fatihah dan maksudnya




'Al-Fatihah Buat Sahabat' di tulis khas untuk sahabat-sahabat aku...
yang masih hidup ataupun telah tiada...

yang telah tiada... arwah sahabat aku, Muhammad Azizi Bin Hosrin... moga rohnya dicucuri rahmat dan diampunkan dosa-dosanya... semoga pahala bacaan Surah Al-Fatihah ini sampai kepada arwah... mari kita sama-sama baca surah Al-Fatihah untuk mereka yang telah tiada...

sahabat-sahabat aku kini... Al-Fatihah ini sebagai doa untuk kalian... semoga sepanjang kita hidup ini kita sentiasa dibimbingNya... semoga Allah memberi pertolonganNya dan membimbing kita ke jalan yang lurus jauh dari kemurkaanNya... semoga kita menjadi hambaNya yang bertakwa, hambaNya yang soleh solehah...

tertulisnya entri ini, kerana pada 8hb oktober adalah tarikh lahir arwah... dua hari sebelum tarikh ni aku mimpikan arwah... kehadiran arwah dalam mimpi itu membuatkan aku merasa arwah masih ada... semasa memimpikan arwah aku rasakan seolah-olah aku berada di alam nyata, aku tidak sedar yang aku sedang bermimpi... gurauannya, peelnya, bicaranya dalam mimpi itu persis ketika hayatnya bersama aku... sehingga aku lupa dia telah dua tahun pergi selamanya... setelah sedar dari tidur.. baru aku sedar yang aku sedang bermimpi...
Al-Fatihah untuk Muhammad Azizi Bin Hosrin




AMINN...

semoga kita sentiasa dibimbing di jalan yang lurus, dan diberi pertolonganNya...
Ya Allah, bimbinglah kami menjadi hambaMu yang bertakwa, hambaMu yang soleh solehah...
amin ya rabbal a'lamin...


baca ini juga
Al-Fatihah Buat Diri Kita
(Aminn... Selepas Al-Fatihah)
(KLIK)

Wednesday, September 26, 2012

Dalam CINTA-NYA


Cinta Allah, DIA telah mencipta kita
Kasih Allah, DIA memberi peluang kehidupan kepada kita
Rindu Allah, DIA memberi ujian dan dugaan kepada kita
Sayang Allah, DIA mengambil nyawa kita

Dalam CINTA ada kasih, rindu dan sayang

Bersyukurlah kerana kita di cipta dari CINTA-NYA (dalam cinta-NYA ada rindu-NYA, ada kasih-NYA dan ada sayang-NYA)

Berbahagialah(melakukan amal memberi kebahagian dunia akhirat) kerana kita diberi peluang oleh-NYA (tanda KASIH-NYA memberi peluang kepada hamba-NYA untuk terus beramal soleh solehah)

Tenanglah kerana ujian dugaan itu tanda RINDU dari-NYA ( Allah sangat merindui munajat, doa hamba-NYA)

Redhalah( jangan meratapi kematian), kerana kematian itu tanda Allah lebih MENYAYANGInya.

Sampaikan CINTA kita kepada mereka yang telah tiada dengan mendoakannya sebagai tanda kita mengasihinya, kita menyayanginya dan kita merinduinya.

Thursday, September 20, 2012

Kisah 2009 1430 Hijrah

Hari ni bangun dari tido terus tgk jam kt hp... 5:10 am. erm... awal lagi... terpandang tarikh hari ini 20/9/2012... 20hb 9? terus aku teringat kisah 3 tahun lepas 20/09/2009, nice kan tarikh... tapi, tarikh nie ada kisah yang tertulis dalam hidup aku...

20/09/2009 adalah bersamaan 1 Syawal 1430h... kalau nak tau... tahun tu r pertama kali aku menyambut syawal dalam bas... huhu... tahun tu first time aku study kat perlis UniMAP, skarang nie dah graduate dah tunggu 30/9 untuk konvo hehe...

Sementara tunggu waktu subuh... aku imbau balik kisah 20/09/2009 tu... aku ingat lagi... last aku berbuka kat kangar, aku oder mee goreng mamak... mase berbuka tu datang sorang mamat... nak ajak berbuallah konon... xpe r... berbualah... x berbual kata kita sombong plak kan... borak r ngan mamat tu sementara tunggu bas sampai... bas aku pukul 8 malam... mase nak ondeway ke bus stand aku msg kat abang aku... bagi tau dah nak naik bas... lepas je send msg... zupppp... mamat tu rampas hp aku then lari ikut belakang bagunan... duk pk nk kejar, ntah2 ade mmber dia kat blakang bagunan, bleh mati aku... lagipun bas dah nak gerak... xpayah r kejar, dah lah malam raya, ade beraya kat kangar plak, kalau umo pjg r... so, aku merelakan hp aku dikebas org, biar hp ilang jgn nyawa ilang...

20hb 9... pertama kali pagi raya dalam bas... nie yg nak highlight, 1 Syawal dalam bas kenangan yang paling x leh lupe... kisah hp kene rembat dah lupe dah cz beli hp baru model yang sama, warna yang sama... so x terasa hilang, cume kalau orang tanya berapa aku bali aku jawab RM 1000 cz aku beli 2 kali hehehe... tp kenangan 1 Syawal 1430 memang x leh lupe... ingat lagi... sampai kat yong peng aku terus tukar baju melayu... aku turun kat tampoi cz sume family aku dah ade kat kg belah abah aku... sampai kat tampoi, aku turun bas then salam ngan pemandu bas ucap "selamat hari raya bang" huhuhu... rase sayu je mase salam ngan pemandu tu... abang tu pun beraya dalam bas, lagi kesian kan... lepas tu aku beringat, lepas nie beli tiket balik raya awal-awal... sebulan awal aku beli hehehe...

Sebenarnya ada satu lagi kisah pada 20/09/2009... tp kisah nie biarlah menjadi kisah peribadi aku... aku bagi sikit je... ape kisah tuu... hehhehe... aku luahkan perasaan... ok... sekian...;-)

20/09/2009... nice...;-)

Wednesday, September 19, 2012

Aminn... Selepas Al-Fatihah


Semua pasti perasan bila kita buat solat berjamaah, selepas imam habis baca surah Al-Fatihah kita sebut ‘amin’ ramai2… maksud amin yang kita sebut selepas Al-fatihah tu ialah ‘perkenankanlah’, jadi apa yang kita minta pekenankanlah… kita akan tahu kalau kita tahu maksud dalam surah Al-Fatihah…



Maksud surah Al-Fatihah…

[1] 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2] 

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3] 

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4] 

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5] 

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6] 

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] 

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.



Dalam ayat ini kita mohon pertolongan dari yang Maha Penguasa, kita minta  Allah tunjukkan jalan yang lurus... sebab itu lepas habis baca Al-Fatihah, kita sebut ‘AMINN’ ramai2 supaya Allah tolong kita tunjukkan jalan yang benar, jalan ke syurgaNYA... Subhanallah indahnya Al-Fatihah...

Ada kalanya kalau kita terlalu khusyuk dalam solat, kita hayati betul2 maksud dalam surah Al-Fatihah kita boleh menangis dalam solat kerana terlalu takut menjadi hamba yang dimurkai, takut kita menjadi orang2 yang sesat... nauzubillah, ya Allah jauhkanlah kami dari nerakaMu, bimbinglah kami ke syurgaMu...

Friday, September 14, 2012

Wanita Solehah


Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi


Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan daripada tuhan
Bahkan sebagai hiasan kebaikan



Tenangkan diri, hadirkan syurga di hati...;-)
(SyurgaHati)

Link 'Wanita... Kamu Sangat Berharga Bagi Lelaki'



Blog SyurgaHati : http://elyascool.blogspot.com/