Wednesday, September 19, 2012

Aminn... Selepas Al-Fatihah


Semua pasti perasan bila kita buat solat berjamaah, selepas imam habis baca surah Al-Fatihah kita sebut ‘amin’ ramai2… maksud amin yang kita sebut selepas Al-fatihah tu ialah ‘perkenankanlah’, jadi apa yang kita minta pekenankanlah… kita akan tahu kalau kita tahu maksud dalam surah Al-Fatihah…



Maksud surah Al-Fatihah…

[1
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.



Dalam ayat ini kita mohon pertolongan dari yang Maha Penguasa, kita minta  Allah tunjukkan jalan yang lurus... sebab itu lepas habis baca Al-Fatihah, kita sebut ‘AMINN’ ramai2 supaya Allah tolong kita tunjukkan jalan yang benar, jalan ke syurgaNYA... Subhanallah indahnya Al-Fatihah...

Ada kalanya kalau kita terlalu khusyuk dalam solat, kita hayati betul2 maksud dalam surah Al-Fatihah kita boleh menangis dalam solat kerana terlalu takut menjadi hamba yang dimurkai, takut kita menjadi orang2 yang sesat... nauzubillah, ya Allah jauhkanlah kami dari nerakaMu, bimbinglah kami ke syurgaMu...

No comments:

Post a Comment