Wednesday, September 26, 2012

Dalam CINTA-NYA


Cinta Allah, DIA telah mencipta kita
Kasih Allah, DIA memberi peluang kehidupan kepada kita
Rindu Allah, DIA memberi ujian dan dugaan kepada kita
Sayang Allah, DIA mengambil nyawa kita

Dalam CINTA ada kasih, rindu dan sayang

Bersyukurlah kerana kita di cipta dari CINTA-NYA (dalam cinta-NYA ada rindu-NYA, ada kasih-NYA dan ada sayang-NYA)

Berbahagialah(melakukan amal memberi kebahagian dunia akhirat) kerana kita diberi peluang oleh-NYA (tanda KASIH-NYA memberi peluang kepada hamba-NYA untuk terus beramal soleh solehah)

Tenanglah kerana ujian dugaan itu tanda RINDU dari-NYA ( Allah sangat merindui munajat, doa hamba-NYA)

Redhalah( jangan meratapi kematian), kerana kematian itu tanda Allah lebih MENYAYANGInya.

Sampaikan CINTA kita kepada mereka yang telah tiada dengan mendoakannya sebagai tanda kita mengasihinya, kita menyayanginya dan kita merinduinya.

1 comment:

  1. Salam berkenalan..
    Bersama-sama kita memartabatkan Bahasa Melayu memperkasakan Bahasa Inggeris. Teruskan menulis artikel yang menarik..
    ARAM: Ilham Minda | Inspirasi Bahasa

    ReplyDelete