Friday, April 25, 2014

Muhasabah Diri : Wahai Diriku Pendosa Tidak Takutkah Dosa




Aku memang pendosa…
Kenapa terus melakukan dosa?
Tidak takutkah dengan seksa?
Adakah sanggup untuk diseksa?

Apa yang aku lakukan sepanjang usia?
Adakah aku biarkan berlalu denga sia-sia?
Menambah pahala atau menambah dosa?
Jaminan apa di sana, bahagia atau diseksa?

Ya Allah…
Aku ingin berubah…
Tolonglah, bantulah, pimpinlah, bimbinglah…
Aku ingin hidup dengan barakah.
 


Wahai diri…

Sudahlah, berhentilah, tinggalkanlah…
Perkara yang mendatangkan murka Allah.

Wahai diri yang dikasihi,
Tiada yang dapat menyelamatkan diri daripada seksa Ilahi
Andai tidak berubah diri, andai tidak perbaiki diri.

Berubahlah, cukuplah,
Kebaikan perlu ditambah,
Teruskan kebaikan dengan istiqomah,
Sentiasa mengharap rahmat daripada Allah.

Tuesday, April 22, 2014

Muhasabah Diri : Aku Mengenang Api Yang Membakar Diri



Bila aku mengenang dosa,
Aku merasakan
Dosa aku tidak layak diampunkan…
Apatah lagi dosa yang sama kerap diulang.

Bila aku mengenang azab neraka,
Aku merasakan
Aku tidak sanggup diazab…
Apatah lagi api membara yang membakar diri.

Tiada dikasihani,
Segala kulitku dimamah api,
Dagingku pula hangus terbakar,
Tulang-tulangku rentung tidak tersisa…

Azab sudah tentu,
Tidak cukup dengan itu,
Dihidupkan aku kembali,
Seksa yang sama diulang kembali.

Berapa lama aku di neraka?
Mungkin selamanya aku di neraka…
Selama itu juga aku terus diseksa,
Kerana dosa yang aku lakukan di dunia sementara.