Tuesday, April 22, 2014

Muhasabah Diri : Aku Mengenang Api Yang Membakar Diri



Bila aku mengenang dosa,
Aku merasakan
Dosa aku tidak layak diampunkan…
Apatah lagi dosa yang sama kerap diulang.

Bila aku mengenang azab neraka,
Aku merasakan
Aku tidak sanggup diazab…
Apatah lagi api membara yang membakar diri.

Tiada dikasihani,
Segala kulitku dimamah api,
Dagingku pula hangus terbakar,
Tulang-tulangku rentung tidak tersisa…

Azab sudah tentu,
Tidak cukup dengan itu,
Dihidupkan aku kembali,
Seksa yang sama diulang kembali.

Berapa lama aku di neraka?
Mungkin selamanya aku di neraka…
Selama itu juga aku terus diseksa,
Kerana dosa yang aku lakukan di dunia sementara.

No comments:

Post a Comment