Friday, February 17, 2012

CERITA TENTANG HATI

Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat.

Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik, lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik.

Tahniah kepada yang sudah berubah...;-)

Sebagai umat kita mesti bersangka baik sesama insan...
jika dia tidak menutup aurat... berdoalah untuknya...
mungkin dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik...

kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya untuk menutup aurat.

Sebuah cerita ringkas untuk kamu wahai wanita...

Seorang Lelaki Daif Bertanya Kepada Seorang Lelaki Muslim..

Lelaki daif : Kenapa wanita perlu menutup aurat ?

Lelaki muslim : Tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula² di dlm koceknye, Lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya.. kemudian dia melemparkan kedua gula² itu ke atas lantai.. lalu bertanya kepada lelaki daif "Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih?"

Lelaki daif : Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan

Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa....

Satu pesanan untuk gadis...

"Wahai GADIS, apabila KAMU BERKAWAN dengan INSAN bergelar LELAKI, Ingatlah! Ada dua pilihan yang terbentang, iaitu:

Pertama ~
Kamu menjadi seperti KELAPA.. Mudah diperoleh, diparut, diperah, diambil santannya. Selepas itu? Hampasnya di buang....

Kedua~
Kamu menjadi seperti MUTIARA..Berada di dasar lautan.. Tersimpan rapi. Dilindungi kulit. Bukan senang dilihat, apatah lagi mendapatkannya. Hanya orang terpilih yang bertuah dapat memilikinya..."

Terdetik dihati lelaki...

Syukur kalau kamu ingin menjadi MUTIARA...
sedalam mana MUTIARA berada di dasar lautan, akan aku harung untuk mendapatkanmu...
Ya Allah, permudahkan aku untuk mendapatkan MUTIARA itu...
dengan restuMu, aku akan memiliki MUTIARA itu...

Makanya...

Bertudung labuh atau tidak, berkopiah atau tidak, bersongkok atau tidak, berjanggut atau tidak, berserban atau tidak.. BUKAN maknanya NILAI ISLAMI itu maju menggunung..

berjeans, bertali leher juga bukan ukuran IMAN..,

IslamTIDAK SEMUDAH itu yang MENILAI pada baju, tetapi...
dinilai jauh ke satu keping daging yang berada jauh di dalam badan insan, iaitu HATI..
tempat yang TIDAK akan pernah MENIPU, walau sekali..

Tiap satu MUSLIHAT, buruk atau baik... pasti akan TERUNGKAI bila tiba masanya.. apa yang penting...

PINTALAH Pada Yang Maha Tahu agar dirimu tidak menyalurkan tenaga, harta, masa dan nyawa pada yang SALAH sekaligus MEMBUNUH pada yang LAYAK..

No comments:

Post a Comment