Wednesday, February 1, 2012

ISTIMEWANYA WANITA ISLAM

>.1.Wanita auratnya lebih susah di jaga berbanding lelaki.

>.2.wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada istrinya.

>.3.wanita menerima Pusaka kurang dari lelaki.

>.4.wanita perlu menghadapi kesusahaan mengandung dan melahirkan anaK.



Makanya wanita akan beremosi utk""MEMERDEKAAN WANITA ISLAM""


Pernahkah kamu lihat sebaliknya  (kenyataannya)

1 = > Benda yg mahal harganya akan di jaga serta di simpan ditempat yg teraman dan terbaik,sdh pasti intan permata tdk akan dibiar terserak bukan.??

2 = >Itulah bandingannya dgn seorang wanita,wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada bapaknya,bukankah ibu adalah seorang wanita.??

3 = >Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tdk perlu di serahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka perlu mengunakan hartanya utk istri dan anak-anaknya.

4 = >Wanita perlu bersusah payah utk mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia di doakan oleh segala makhluk,malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini,dan matinya jika kerana melahirkan adalah SYAHID.



>>Di akhirat kelak,seorang lelaki akan dipertanggung jawabkan terhadap 4 wanita ini

==>>Isterinya,ibunya,anak perempuannya,dan saudara perempuannya.

>>Manakala seorang wanita pula,tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini

==>>Suaminya,ayahnya,anak lelakinya,dan saudara lelakinya.



>>Seorang wanita boleh memasuki pintu surga melalui mana-mana pintu surga yg di sukainya cukup dgn 4 syarat saja

-sembahyang 5 waktu, puasa dibulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad Fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggung jawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya Allah...demikian sayangnya Allah pada wanita ..kan..??

Maka berbahagialah engkau wanita-wanita islam..

No comments:

Post a Comment