Tuesday, February 25, 2014

Cinta Dari Syurga



Cinta itu adalah sesuatu yang indah diturunkan dari syurga...
Bahagiakan kalau kita saling mencintai...?
Gembirakan kalau kita dicintai oleh orang kita cintai...?
Ceriakan kalau yang bercinta masing-masing memberikan cinta...?

Bila bercinta, saling mencintai...
Hidup kita ceria penuh warna warni,
Kegembiraan sentiasa terpancar bila bersama,
Bahagia rasa di hati, rasa tenteram dan damai...

Benar cinta dari syurga,
Kerana di syurga sana yang ada hanya kedamaian, ketenteraman,
Kegembiraan, keceriaan, kebahagiaan seperti mana saat kita bercinta,
Saat kita saling mencintai antara satu sama lain...

Tetapi kenapa ada cinta yang sakit kalau benar cinta itu dari syurga...?
Cinta yang membuat kita sakit bukan cinta sebenarnya...
Kita sakit bukan kerana cinta tetapi kita sakit kerana disia-siakan,
Kita sakit kerana dipermainkan, kita sakit kerana dikhianati...

Dalam cinta tiada yang mengkhianati,
Tiada mempermain-mainkan,
Tiada disia-siakan... 
 
Cinta adalah terindah dari syurga...
Cari cinta Allah, beri cinta kerana Allah,
Jaga cinta agar peroleh rahmat Allah...

Cinta bukan ungkapan "saya cinta awak"
Cinta itu kasih sayang yang tersemat di dalam hati...
Bila melihat, melihatnya dengan kasih sayang...
Bila menegur, menegurnya dengan kasih sayang...
Kasih sayang tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasa...
Syurga di sana kita tidak dapat melihatnya bukan?
Tetapi kita dapat merasa kedamaiannya dan ketenteramannya dalam hati kita...


'Cinta Dari Syurga' by Mohd Elyas