Friday, April 16, 2010

Gurindam Ceria Di Ambang Final

Final tiba mengundang resah,
Hati berdebar tidak sudah,
Tidak dapat untuk berdekah,
Semua sibuk mentelaah,

Dalam sibuk ada secebis indah,
Melihat pelbagai telatah,
Dua sahabat sedang mentelaah,
Seorang tergaru seorang terjelir lidah,
Dok mengejek sahabat bermasalah,
Bukan mengutuk tapi bersenda,
Sahabat terketawa hilang resah,
Kemudian bersama selesaikan masalah,

Ada suasana nampak ceria,
Dua sejoli study bersama,
Study penuh semangat di dada,
Kerana pemangkin ada bersama,
Bila tiba pening kepala,
Mereka mula bergurau senda,
Hilang seketika masalah melanda,
Reda sudah tekanan di jiwa,
Mereka kembali study bersama,
Satu pesanan dari hamba,
Biar lebih study bersama,
Jangan lebih-lebih pula....

Di sebalik ceria ada duka,
Ada member berpenyakit pula,
Risau tidak study apa,
Final kian semakin tiba,
Tapi jangan risau jangan gunda,
Sahabat sentisa ada bersama,
Memberi semangat pemangkin jiwa,
Walau sakit tapi gembira,
Kerana sahabat sibuk berjenaka,
Menceriakan suasana berdekah bersama,
Lupa sakit buat seketika,
Kembali semangat study bersama.

Wednesday, April 7, 2010

Persoalan Hati

Satu hari pada tahun lepas sahabat aku ader bagitau aku yg dia suka kt sorg bdk perempuan ni... tp bdak prmpn nie suke kat sahabat dia.. aku pun bg r pandangan aku kat shbt aku ni... aku cakap kat dia “ kalau ko betul syg bdk prmpn tu... ko mesti nak tgk dia bahagia kan... kalau permpuan tu bahagia dengan sahabat ko tu... x salah kalau ko undur diri...” korang nak tau aper sahabat aku jawab...? dia jawab, “aku sayang teramat sayang kat dia yas... camne aku nk lepaskan die... aku x sanggup kehilangan dia... aku sayang giler” br aku tau rupenyer dia sayang teramat sayang pada perempuan 2, aku pun jadi x tau r nak bg pandangan camner ngan dia... tp aku jd kn kisah cinta aku sebagai pandangan... org kata, yg elok jd panduan yang x elok jd pengajaran... aku pun crita kat dia...

“aku pernah sayang seseorng... sayang nyer same macam ko syg kat budak prmpn tu... aku sayang dia dari form 2 hingga abis sijil poli.... jd lame sebab prmpn ni x sedia nak bercinta... maklumlah baru skolah menengah... aku sanggup tunggu sebab aku sayang giler kat dia... mase aku stdy sijil kt poli, dia ni x smbg stdy... ader la mmbr bagi tau aku yg dia nie dah suke kat org lain mmbr sekerja dia... aku pn nk tau r sape lelaki yg bertuah tu... ak pun pi r tempat dia kerja... dari jauh aku tngok dia gembira dengan lelaki tu... aku tersenyum tengok gelagat mereka berdua, dalam hati aku, aku berdoa “ Ya Allah, Engkau kekalkanlah kebahagian mereka berdua ni...” erm, aku mmg kecewa jugak mase tu... tp bila aku tengok dia gembira aku pun jadi gembira...:-) susah nk aku lupa kan dia... mmg xde sape yg dpt ganti dia dalam hati aku... aku betul2 sayang kat dia... mase aku habis sijil poli... aku dapat tau dia baru bertunang dan akan bernikah bulan 12 2005... mulanya aku rase sedih sangat... tp 2 hakikat... aku hanya mampu berdoa agar mereka berdua bahagia sehingga akhir hayat... perpegang pd hakikat tu... akhirnya aku dapat lupakan dia... dan tahun 2007, aku ternampak dia dengan suaminya dan ader seorang anak kecil bersama mereka... dari jauh aku tersenyum tengok dia bahagia... aku pun berlalu dan aku berkata dalam hati “kalau dia bersama aku, adakah dia akan bahagia seperti ini...”

Selepas aku cerita kisah ni kat sahabat aku, aku nampak sahabat aku tersenyum... dia kata akan cuba jadikan cerita aku ni sebagai panduan... tp dia sahabat aku, aku kenal dia... aku terasa sesuatu dari senyuman dia itu... tp aku biarkan... biar dia membuat keputusan sendiri...

Dan setahun berlalu kelmarin dia telefon aku... dia kata dah setahun dia cuba untuk melepas perempuan itu tp x mampu buat macam yang aku buat... dia kata... kisah aku dah nampak kebahagiaan dia... tp kisah dia, x nampak lagi kebahagian itu... dia tanya aku, ape yg patut dia buat... aku cuma jawab “kalau kau rasa kau boleh bahagiakan dia... kau kejar lah dia... tp kalau sahabat kau mampu membahagiakan dia... biar lah dia bahagia...”

Sengaja aku cerita kan kisah ni kat korang... sengaja juga aku tuju perampuan kat citer nie... aku nak mintak pandangan korang terutamanya perempuan... ape lg nasihat yg boleh aku bg kat sahabat aku nie... sebab ari tu dia x puas ati ngan jawapan aku... mungkin dari pandangan korang aku dapat bagi tau dia mase cuti sem nie... ermmmm....