Thursday, August 30, 2012

Kekuatan Cinta

Cinta adalah kekuatan yang mampu
mengubah duri menjadi mawar
Mengubah cuka menjadi anggur

Mengubah sedih menjadi riang
Mengubah marah menjadi ramah
Mengubah musibah menjadi muhibah

Itulah CINTA...



Petikan puisi dari filem
“Ketika Cinta Bertasbih”



kongsi dari link youtube Zikir Hasbi Rabbi
http://www.youtube.com/watch?v=38w94rqKIn8&feature=share

(klik link untuk kita bersama-sama berzikir)




Saturday, August 25, 2012

Hadirnya Cinta

“Cinta bermakna mendidik seseorang itu mencintai Allah dan RasulNya.
Cinta itu terdidik di atas jalan yang dicintai Allah dan RasulNya.
Tatkala nyawa dipisahkan dari jasad maka terlerailah segala cinta dunia
Namun cinta Allah dan RasulNya akan tetap bersamamu hingga ke syurga”

Sabda Nabi :
“Apabila datang padamu seseorang yang kamu sukai agamanya dan kejujurannya,
Maka kahwinilah ia kerana andai kata kamu tidak melakukannya maka
Akan timbullah fitnah di bumi dan kerosakan yang besar”
(Riwayat Tarmizi)


"Dialah yang menurunkan 'sakinah' (satu rahmat yang istimewa iaitu ketenteraman hati)
Di dalam hati orang mukmin"
(Al-Fatah : 4)



kongsi dari link youtube Zikir Hasbi Rabbi

(klik link untuk kita bersama-sama berzikir)

Friday, August 24, 2012

Insan Mulia

Jadilah insan yang mulia di sisi Allah
Bukan di sisi manusia

Orang yang bersifat mulia apabila
Tempat dia berpijak adalah hamparan sejadah baginya

Kalau dia bicara, bicaranya dakwah
Kalau dia berdiam, diamnya itu zikir

Nafasnya tasbih
Matanya penuh rahmat dan kasih sayang
Telinganya terjaga

Fikirannya baik sangka
Hatinya, diam-diam berdoa

Tangannya selalu bersedekah
Kakinya berjihad

Kekuatannya adalah silaturahim
Kerinduannya, tertegak syiar Islam
Strateginya, sabar dan kasih sayang
Cita-citanya syahid di jalan Allah
Kesibukannya asyik memperbaiki diri


(Ustaz Arifin Ilham)

Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri 1433h

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua kawan-kawan
Semoga raya tahun ini memberikan kegembiraan dan kebahagiaan kepada korang semua
Semoga korang gembira, bahagia, ceria bersama-sama orang tersayang, keluarga tercinta…
Yang baru berkahwin… berbahagialah, bergembiralah dengan suami/isteri tercinta…
Yang sudah punya anak… semoga Aidifitri kali ini lebih ceria bersama anak-anak…
Yang berkapel, bercinta… jangan lama-lama cepat-cepat kawin… hehe…
Yang bujang, solo… never mind nanti adalah… ceria-ceria di aidilfitri k… korang x lonely pun hehe…

Sempena Aidilfitri kali ini, Maaf Zahir Batin aku pinta…
Maafkanlah segala salah silap aku, andai ada yang sengaja atau tidak sengaja
Mungkin ada perbuatan aku atau tindakkan aku yang korang tidak senang
Mungkin juga tidak selesa dengan setiap apa yang aku lakukan…

Dikesempatan ini, sementara hayat masih ada maafkan segala salah silap aku
Aku juga manusia biasa yang sering membuat kesilapan… maafkan aku…

Kepada yang pernah cari pasal dengan aku… aku sentiasa maafkan kau awal-awal lagi…
Tapi setakat aku berkawan dengan korang nie… xde pun yang cari pasal dengan aku hehe…
Aku happy berkawan dengan korang k… friendship forever…

Yang tidak berapa mengenali diri aku ini… aku adalah aku hehehe…
korang tetap kawan aku… sekali aku dah add korang, korang adalah kawan-kawan aku selagi aku tak remove korang hehe… terima kasih lah kerana sudi berkawan dengan aku…

SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI TO ALL MY FRIENDS

Daripada : Mohd Elyas Bin Abdul Rahman




Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Syawal kali ini penuh dengan kegembiraan dan keceriaan bersama tersayang..
Semoga lebaran kali ini lebih bermakna...

Salam Aidilfitri daripada kami sekeluarga.. (^_^)

Abdul Rahman Bin Ahmad (abah)
Lizam Binti Mekah (mak),
Mohd Zamri Bin Abdul Rahman (along),
Mohd Elyas Bin Abdul Rahman (yas),
Mohd Ridzuan Bin Abdul Rahman (wan)
Nur Amirah Binti Abdul Rahman (mira) dan
Nur Ayuni Binti Abdul Rahman (yuni)

Tuesday, August 7, 2012

Wallahu'alam (Surah Al-'Asr)


Hari ini secara x sengaja aku terbaca maksud surah Al-'Asr...
sebelum nie memang x pernah tahupun maksud surah Al-'Asr, tapi aku memang cukup suka baca surah nie dalam solat sebab surah nie pendek...

selepas mengamati maksud surah nie... aku terfikir mungkin surah yang selalu aku amalkan nie membuatkan aku sentiasa sabar... wallahu'alam...

Allah maha besar, sesungguhnya ayat-ayatNya penuh dengan kemulian, rahmatNya... walaupun aku tidak pernah tahu maksud surah Al-'Asr dalam bahasa melayu... tapi berkat dan rahmatNya... ayat ini telah menjadi doa untuk aku sabar dalam menghadapi segala ujianNya... wallahu'alam...

benarlah Ayat Al-Quran adalah doa yang terbaik... wallahu'alam...


Maksud surah Al-'Asr

[1] 
Demi Masa!

[2] 
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian

[3] 
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Monday, August 6, 2012

Hanyalah HambaNYA

Subhanallah... Alhamdulillah... Lailahaillallah... Allahuakbar...
Maha Suci Allah,
Segala puji bagi Allah,
Tiada tuhan yang lebih berkuasa melainkan Allah,
Allah Maha Besar...


segalanya Allah telah tetapkan...
dan setiap yang ditetapkan adalah perancanganNya...
dan setiap perancanganNya adalah terbaik untuk hambaNya...


Ampunilah aku andai aku tidak mensyukuri dengan setiap ketentuanMu,
Ampunilah aku andai aku tidak sabar dengan setiap ujian yang telah ditetapkan olehMu...


Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...


(aku bukanlah insan yang baik, tidak perlulah memandang aku dengan kemuliaan, tidak perlulah terlalu menghormati aku... aku manusia biasa seperti kalian...)

Thursday, August 2, 2012

Rahsia Persahabatan

Sahabat,
Kau penyelesai masalahku
Kau pendorong semangatku
Kau menghangatkan impianku

Sahabat
Aku tahu
Kau sahabat sejati
Tetapi kau juga
Sahabat yang menyakiti

Sahabat
Jangan kau salah faham
Erti menyakiti
Dengan menyakiti
Kau telah menyemarakan semangatku

Sahabat
Adakah engkau mengerti maksudku
Atau engkau tidak mengerti
Biarlah ia menjadi rahsiaku
Biarlah ia menjadi pertanyaanmu


hahaha... duk selak2 fail lame, terjumpe hasil karya aku ni... orang kata ilham yang datang tu berharga... aku tak nak ilham nie luput... so, aku letak r kat blog 'Notes... Ilham Minda' nie... karya nie masih terselit kat fail lame, dah lebih 10 tahun karya ni tersimpan... hehe... dedikasi khas untuk sahabat2 aku dalam gamba bwh nie, ilham 'Rahsia Persahabatan' nie adalah inspirasi daripada mereka... mereka sahabat aku dunia akhirat... Al-Fatihah untuk seorang sahabat aku yang telah pergi... Arwah adalah salah seorang yang sentiasa memberikan semangat kat aku... Al-Fatihah untuk Allahyarham Muhammad Azizi Bin Hosrin. Kembali ke Rahmatullah pada 8 Ramadhan 1431.




ada lagi karya2 yang lame... tapi... hehehe... memori lame... luput terus pun xpe... hehe... kalau tadi aku minta doakan untuk arwah sahabat aku... kali nie aku minta doakan pula untuk org2 yang kita sayang... moga mereka semua bahagia dengan hidup masing2...(^_^)