Friday, January 20, 2012

Wahai Hati

Ketahuilah olehmu wahai hati...


Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.


Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk
menelepon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.


Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawabannya.


Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.


Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.


Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.


Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.




Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU...


♥ WAHAI HATI ♥
copy from :
Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah

Monday, January 9, 2012

Tersenyumlah Dengan Takdir Ilahi

Fikir positif wahai kawan2, teman2, sahabat2…
Jangan kecewa dengan apa yang Allah telah tetapkan…
Siapa tahu kalau ada kabaikannya…

Orang pernah bertanya, “boleh ker tersenyum kalau putus cinta?”

Dalam kehidupan tidak semua cinta kesampaian
Bila cinta tidak kesampaian memang sedih, kadang2 sangat2 sedih…
Ramai yang berdukacita kerana cinta…
Manakan tidak, orang yang sangat2 kita sayang, tinggalkan kita..
Takpalah kalau nak bersedih, berdukacita… memang itu lumrah manusia…
Bersedihlah, berdukalah… tapi jangan terlalu lama…
Kesedihan hanya seketika, kerana kegembiraan pasti ada…

Andai kesedihan itu sukar hendak dihentikan, mengadulah kepada Allah…
Mintalah ketenangan daripada Allah, mintalah ketabahan daripada Allah…
Allah sentiasa ada bersama kita… berdolah kepadanya…

Kalau kita berdoa, biarlah berdoa untuk dia yang kamu sayang,
Itu baru betul kamu sayang kepadanya…
Sayang kamu untuknya, tapi cinta kamu untuk Allah… betul…?
Cintai Allah itu yang paling penting, paling utama…
Kemudian cintai yang lain biar kerana Allah…

Berdoalah kebahagiaan untuknya, biar kebahagiaan hadir untuk kamu juga…

Ummu Darda’ r.ha. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“ Tiada seorang Muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat pun berkata kepadanya, ‘Dan bagi kamu seperti apa yang kamu pinta untuk saudaramu!’ ”
(Riwayat Muslim)

Malaikat akan mendoakan perkara yang sama untuk kamu seperti apa yang kamu doakan untuk orang yang kamu sayang. Maka, ikhlaskanlah hati berdoa yang baik-baik untuk orang lain.
Dan tersenyumlah dengan takdir ilahi

Kerana apabila kamu mendoakan kebahagian orang yang kamu sayangi, kamu juga pasti menemui kebahagiaan. Mana tau kebahagian yang kamu perolehi adalah hikmah dari cinta yang tidak kesampaian itu. Fikir positif kawan2, teman2, sahabat2. Tersenyumlah Dengan Takdir Ilahi