Monday, March 28, 2011

SAYANG atau SUKA atau CINTA…

“saya sayang awak”  “saya suka awak”  “saya cinta awak”
Sayang dan suka dan cinta punya makna yang sama tetapi berbeza maksudnya…

Org pernah bertanya ape bezanya suka dgn sayang… aku  jawab…

“sayang lebih bermakna dari suka…
kerana…

Apabila kamu menyayangi seseorang itu, kamu akan menerima setiap apa yang ada nya…
tetapi …
apabila kamu menyukai seseorang itu, kamu akan meninggalkannya kerana kekuranganya…”

apa pula bezanya sayang dengan cinta… aku jawab…

“Sayang itu lebih hebat ertinya… malah lebih hebat dari cinta…
kerana…

sayang itu hadir dari jiwa yang telus… tetapi cinta lebih bersifat kepada keinginan…

sayang sentiasa menjanjikan kebahagian…
kamu pasti berasa bahagia apabila orang yang kamu sayang bahagia meskipun orang yang kamu sayang itu bukan milikmu…  namun jika dia milikmu, sayang itu menjadikan hubungan kamu kekal bahagia hingga akhir hayat...
tetapi...
cinta menjanjikan dua perkara kesakitan atau kebahagian…
kamu akan sakit bila cinta kamu tidak kesampaian, kamu menjadi sangat bahagia apabila kamu berjaya memiliki apa yang kamu cintai… namun cinta menjadi bermakna bila kamu menyintai orang yang menyayangi kamu..."

pernah orang bertanya
bagaimana kita nak tau sama ada org itu orang yang kita sayang atau kita cinta atau kita suka
aku menjawab…

“jika kamu sayang kepadanya, kamu akan bahagia melepaskannya jika dia bukan untuk kamu…
jika kamu cinta kepadanya, kamu akan sakit melepaskannya jika dia bukan untuk kamu…
jika kamu suka kepadanya, kamu tidak akan merasa apa-apa jika dia bukan untuk kamu…”

aku tanya pendapat kawan aku tentang  suka, sayang dan cinta..
dia jawab…

Suka tidak semestinya sayang,
Sayang tidak semestinya mencintai,
Mencintai semestinya sayang dan suka.

Satu pesanan aku kat korang semua…

Jangan tingalkan org yg kita sayang, kerana orang yang kita suka…
Cintailah org yang sayang kita…

Saturday, March 26, 2011

Perhatian dan Perasaan Sayang

Wanita inginkan perhatian dan perasaan sayang,
Dari insan yang hadir dalam hidupnya.
Wanita berhati lembut dan mudah menangis…
Bukan meminta belas, tapi inginkan perhatian…
Lelaki fahamilah wanita… leburkan egomu…
Berikan perhatian dan rasa sayangmu kepadanya…

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi,
dia menjadi lemah, inginkan perhatianmu…

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya, hanya inginkan perasaan sayang darimu...

Lelaki, jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian...
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu,
Sayangilah wanita yang hadir dalam hidupmu…

Lelaki, jika seorang wanita menangis keranamu,
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Rasailah kesakitan kesedihan yang dia alami…

Wanita mana lagi yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..
Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan..
Dia menangis kerana dia menyayangimu…

Lelaki, rasailah tangisan kasihnya itu...
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya.

Lenturkan egomu…
Lafazkan maafmu…
Lembutkan hatimu…
Kerana wanita ingin disayangi…
Inginkan perhatianmu…
Menantikan kasihmu…
Jangan engkau persiakannya…
hulurkan perhatian dan perasaan sayangmu...

Saturday, March 12, 2011

Diamku… kerana aku mencintaimu

Jika belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...

kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu...
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..

kerana diammu...
itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

sahabat...
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata...

bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam...
kerana...
jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...

kerana yakinlah...
Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
bersabarlah dalam diammu...