Monday, May 17, 2010

SEBELUM AKHIRAT

sebelum akhirat adalah sebuah cerita yang menyedarkan aku sesuatu yang aku x sedar... semasa babak mubarak di kebumikan, lantas aku katakan "memang layak kau dihukum sebegitu, kau derhaka pada ibubapa, kau merosakan perempuan" tetapi bagi orang yang beriman pasti katakan "ya Allah, permudahkanlah urusan pengkebumian ini, ampuni dosanya ya Allah" di sini lah aku sedar di mana imanku, sediakah aku untuk bertemu dengan ilahi... layakkah aku untuk menghukum orang... dan aku terus tonton, sesungguhnya kemaafan itu sangat tinggi nilainya... lihat sahaja semasa noridah dan ibubapa mubarak memaafkan mubarak... dosa yang sentiasa mendampingi mubarak semasa sakaratulmaut meraung dan terus lenyap... sesungguhnya Allah telah memaafkan dosanya... siapalah kita untuk menghukum seseorang sebelum Allah menghukumnya....

di slot yang lain, aku terkejut dengan tindakan noridah yang ke kota untuk mencari duit dengan cara yang salah untuk membiayai perbelanjaan pembedahan ibunya, selepas dirinya kotor... tetapi Allah maha penyayang, belum sempat noridah menggunakan duit yang kotor itu, Allah telah mengambil nyawa ibunya... sia-sia bukan tindakan noridah tu? di sinilah sahabat2 aku, terutama perempuan... jangan biarkan diri yang kotor terus kotor... insafilah... jangan... jangan sesekali merosakkan diri... jagalah maruah diri... jika ada lelaki bergaya, berharta... telitikan dulu akhlaknya... jangan mudah merelakan diri... jangan mudah menyerah diri...

Wednesday, May 5, 2010

WINNERS VS LOSERS

The winner is always the part of answer
The loser is always the part of problem


The winner always has a program
The loser always has an excuse


The winner says “let me do it for you”
The loser says “that’s not my job”


The winner always sees an answer in every problem
The loser always sees a problem in every answer


The winner says “it may be difficult, but it’s possible”
The loser says “it may be possible, but it’s too difficult”


A winner listens …….
A loser just waits for his turn to talk


When a winner makes a mistake, he says “I was wrong”
When a loser makes a mistake, he says “it wasn’t my fault”


A winner says “I’m good, but not as good as I could be”
A loser says “I’m not as bad as a lot of other people”


A winner feels responsible for more than his job
A loser says “I’m only work here”

Saturday, May 1, 2010

RINTIHAN DARI INSAN YANG SEDANG LEMAH

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat. Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan. 2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak. Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkanINSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada sayarozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.